Memasuki ke fasa pandemik, rata-rata rakyat Malaysia sudah mula keluar untuk bercuti. Peralihan ke fasa endemik memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia.
Dengan inisiatif ini juga, kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ telah dijalankan bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.
Dengan inisiatif ini juga, kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ telah dijalankan bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.
KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), sebuah agensi pelancongan yang ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu yang menawarkan servis pelancongan dan percutian. KOPETRO Travel telah menganjurkan sebuah majlis penyampaian hadiah sempena kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ di Flora Terrace, Hampshire Place. Seramai 15 orang pembeli bertuah telah dipilih sebagai pemenang kempen yang dijalankan pada 1 Julai sehingga 30 September yang lalu.
Istimewanya, pemenang-pemenang yang hadir dapat mencabut sendiri hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM15,000 yang ditawarkan. Antara hadiah yang disediakan antaranya percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sky World Genting, pakej pelancongan ke Krabi selama 3 hari 2 malam serta pelbagai lagi pakej yang menarik.
Kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ mensasarkan ibubapa, pasangan dan juga pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama dengan tawaran lebih 100 pakej yang terdiri daripada beberapa pakej lawatan dan percutian dalam negara serta pakej pelancongan antarabangsa termasuklah pas taman tema Sunway Lagoon, Genting Skyworld, Lost World of Tambun, Bangi Wonderland dan Legoland Malaysia yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.
KOPETRO Travel pernah memenangi pelbagai anugerah antaranya anugerah “Annual Million Dollar Award” daripada Malaysian Airlines. KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu “The Advantage Global Network”. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel, layari laman web www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan YouTube.
2 Comments
Best betul hadiah dr Kopetro.. BTW congrats buat semua pemenang 😍
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang..best semua hadiah
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!