SARANG-K DENGAN MENU K-CRUNCH MARRYBROWN!
#KakakKimchi dengan makanan Korea memang tak dapat dipisahkan. Sebagai bukti, mestilah Sally jadi antara yang terawal mencuba menu K-Crunch Marrybrown yang berinspirasikan citarasa Korea.
Kepada pencinta makanan, terutama menu citarasa Korea, jom mulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.
Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia; Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea. Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara. Dengan pengalaman dalam menghidangkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka, Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dan lazat untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Menu K-Crunch merupakan hidangan yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa Korea dengan sempurna. Rasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan buah markisa yang menyegarkan, dengan harga bermula dari RM20.90.
Bagi penggemar burger pula, K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, boleh didapati dengan harga bermula dari RM16.90. Jika inginkan kelainan, boleh cuba Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10. Bayangkan Sos K-Crunch yang pedas dan manis, diserikan dengan nasi berperisa kimchi.
Kalau tanya Sally, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal sebab kita boleh rasa semua menu dalam satu masa! Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz, memang satu pakej yang berbaloi. K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 juga boleh dibeli secara berasingan. Jangan lupa untuk teroka rasa Korea dengan menu baharu K-Crunch di Marrybrown.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!