Guardian Sambut Ulangtahun Ke-55 Dan Perkenalkan Barisan Jenama Baru Dalam Pasaran.

Bermula dengan hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya The Weld, Guardian telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, juga telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini.



Kini Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa. Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022, Guardian Malaysia hari ini memperkenalkan 24 barisan jenama baharu dan eksklusif sempena kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.



Tidak cukup dengan itu, Guardian juga menawarkan promosi dan tawaran menakjubkan dari sekarang hingga 30 Oktober 2022. Malah, menawarkan 1,000 produk dengan potongan 55% untuk belian item kedua dan banyak lagi tawaran promosi hebat yang lain.

Sally teruja menjadi salah seorang Gaya Squad Guardian yang telah dijemput untuk pratonton istimewa jenama-jenama baharu dan eksklusif tersebut yang ditawarkan hari ini dalam sebuah acara istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-5 penubuhannya.





Gaya Squad Guardian merupakan sebuah inisiatif oleh Guardian Malaysia untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial dan kini menjadi sebuah saluran penyampaian utama untuk pelanggan mengakses idea dan maklumat untuk kehidupan yang sihat dan bijak.

Sejak dilancarkan 5 tahun lepas, Gaya Squad Guardian dijadikan saluran untuk memperkenalkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang dijual di stor untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran umum tentang jenama tersebut kepada pelanggan menerusi influencer media sosial yang dijemput ke sesi-sesi tersebut.



Antara jenama yang terlibat termasuklah Kundal, Canmake, Toujours Advanced, Nature's Way dan banyak lagi. Jujur kata bila ada sesi macam ini, memudahkan untuk kita berinteraksi secara terus dengan wakil produk untuk bertanyakan tentang produk itu sendiri selain daripada dapat menjadi antara yang terawal untuk mencuba jenama-jenama ini.





Semoga Guardian Malaysia akan terus maju dan Gaya Squad Guardian mampu berkongsi dan menyebarkan tentang kebaikkan pelbagai produk kecantikkan dan kesihatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.



Facebook: Guardian Health & Beauty
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp #No1StoreMalaysia

Post a Comment

0 Comments