Butik Siti Khadijah IOI City Mall Sediakan Surau Khas Untuk Pelanggan.

PEMBUKAAN PERDANA BUTIK SITI KHADIJAH & HEGIRA DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Sebut sahaja Siti Khadijah, memang akan terbayang kelembutan telekungnya yang premium. Menginjak ke 13 tahun penubuhan Siti Khadijah, kini mereka bukan sekadar penjual telekung namun lebih selesa mengetengahkan keindahan gaya hidup Islam melalui konsep 'Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat'.



Dengan inisiatif ini juga, Siti Khadijah meneruskan legasi perniagaan mereka dengan perpindahan butik sedia ada di IOI City Mall ke sayap baharu pusat beli belah itu. Berkeluasan 3.000 kaki persegi dengan pelaburan berjumlah RM500,000, Siti Khadijah (SK) menawarkan ruang butik yang lebih selesa dan lebih istimewanya ialah di butik SK kali ini, mereka membina sebuah ruang surau terbuka dan disediakan khas untuk para pelanggan menunaikan solat.

Ia juga direka sebagai sebuah model tempat ibadah yang perlu dimiliki oleh setiap kediaman keluarga Islam. Para pelanggan berpeluang merasai sendiri suasana surau yang turut dilengkapi serta mempamerkan produk-produk SK seperti telekung dan sejadah.



Bertanya tentang hala tuju, Siti Khadijah berkongsi yang mereka tidak lagi hanya memfokuskan kepada jualan dalam negara sahaja, malah melalui pembukaan butik baharu ini mampu mengorak langkah ke persada antarabangsa dalam menawarkan manfaat sebagai simbol kasih sayang kepada pelanggan selaras dengan falsafah SK tahun ini, iaitu 'Momen Indah Bersama.

Setakat ini, SK mempunyai 43 cawangan butik di seluruh negara dan bercadang untuk memiliki sehingga 53 cawangan sehingga hujung tahun ini. SK merancang untuk membuka 200 cawangan butik di Malaysia dalam tempoh 4 tahun dari sekarang.



Selain daripada pembukaan butik yang dipindahkan, pelancaran bersama Butik Hegira, rakan kolaborasi dan jenama tudung di bawah kumpulan SK juga turut diadakan secara besar-besaran. Hegira menampilkan serta menawarkan inovasi dan inspirasi kepada golongan wanita melalui rekaan tudung 'slip on' yang merangkumi keunikan, fleksibiliti, praktikal, dan selesa.

Butik kedua Hegira ini turut dilancarkan bersebelahan butik SK setelah kejayaan butik pertama Hegira yang dibuka di Kota Bharu pada Julai lalu.





Kegembiraan sempena pembukaan juga tidak terhenti kerana Siti Khadijah Sdn. Bhd. juga berbesar hati mengumumkan pelantikan pengerusi baharu kumpulan Siti Khadijah, iaitu Encik Shafie Shamsuddin (52 tahun), yang berpengalaman luas dalam dunia korporat di dalam dan luar negara. Pelantikan ini selaras dengan strategi baharu syarikat yang ingin bergerak pantas dalam mengukuhkan kedudukan dan meluaskan empayar perniagaan SK sebagai pengeluar produk Islamik terunggul.

Encik Shafie berkata, pelantikan beliau akan dimanfaatkan bersama pasukan SK yang berwibawa ke arah memacu jenama SK dalam memupuk gaya hidup yang bermanfaat. "Siti Khadijah akan terus mengembangkan pasaran melalui pembukaan lebih banyak butik selain menambah solusi untuk pengalaman beribadah yang lebih selesa. Selain itu, kami akan terus memperkukuh pengurusan Sk dan bergerak dalam skala yang lebih besar melalui 'coaching and mentoring' serta pendedahan kepada pengalaman pengurusan diperingkat global", kata beliau.



Sempena pelancaran butik ini juga, SK turut menampilkan koleksi terkini yang diperagakan dengan tema tekat dipilih sebagai apresiasi terhadap keindahan tradisi sulaman Melayu yang wujud seawal abad ke-14. Antara koleksi yang diperagakan adalah Broderie Alina, Signature Narina dan Tekat Light Foam Sejadah.



Jangan lupa untuk kunjungi Butik Siti Khadijah dan juga Hegira di IOI City Mall, Putrajaya.

Post a Comment

0 Comments