Cawangan ke-13 My Dental Care Kini Dibuka di Medan Tuanku.

Bercerita pasal klinik gigi, Sally memang sebenarnya yang paling liat nak pergi buat rawatan. Paling kurang 2 kali je setahun Sally pergi sebab nak buat scaling gigi. Sekarang ini pula ada banyak sangat klinik pergigian yang dibuka, sampai ada kes yang klinik mewah tapi sebenarnya tiada sijil untuk menjalankan perniagaan dan juga bukan pakar yang bertauliah.

Tapi jangan risau sebab My Dental Care, salah sebuah daripada cabang perniagaan kesihatan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB) hari ini secara rasminya membuka cawangan ke-13 Klinik Pergigian My Dental Care di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja bertauliah, malahan dah ada banyak pengalaman dalam dunia pergigian. Istimewanya lagi, Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku ini juga merupakan cawangan pertama di segi tiga emas ibu kota.



Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr Zeefitri Saniah Bidin berkata, pembukaan cawangan klinik pergigian terbaharu kumpulan itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan My Dental Care sebagai peneraju penyedia perkhidmatan pergigian swasta utama negara.

Ini dikuatkan lagi dengan idea mereka supaya memudahkan warga kota terutamanya mereka yang bekerja di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik.



TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA PEMBUKAAN DAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA.

Antara tawaran istimewa adalah ‘Pakej Implan’, di mana setiap pelanggan akan menerima Caj Perundingan Percuma serta harga promosi antara RM8,000 sehingga RM9,000 sahaja. My Dental Care turut menyediakan Caj Perundingan Pemeriksaan Gigi Percuma.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan ‘scaling’ dan ‘polishing’, ianya tersedia pada harga RM99 dan percuma pemeriksaan serta konsultasi. Penjimatan sebanyak RM101 daripada harga asal. Golongan kanak-kanak juga turut disediakan pakej istimewa seperti rawatan ‘polishing’ dan ‘topical fluoride’ pada harga RM69, penjimatan sebanyak RM71.

Untuk promosi harga pula, 10% diskaun diberikan untuk Semua Rawatan Gigi serta Penjimatan RM50 Bagi Rawatan Pergigian Kanak-Kanak.

Sally sendiri tak lepaskan peluang untuk manfaatkan promosi ini, ya la dah 2 tahun Sally tak pergi scaling gigi kerana Covid-19, akhirnya baru dapat buat. Rugi la kalau tak grab promo RM99 tu, bukan hanya scaling tapi termasuk sekali dengan polishing. Apa yang Sally suka dengan klinik My Dental Care ialah bilik rawatan yang sangat selesa. Tak ada la rasa takut sangat jumpa doktor kan. Plus doktor handsome pulak lagi tak takut, eh ehh 😂😂



Sepanjang rawatan doktor akan bagi konsultasi tentang kondisi gigi dan juga mulut secara keseluruhan. Dekat sini lepas konsultasi, kalau kita dah setuju dengan harga dan rawatan, baru prosedur rawatan akan dijalankan. Jadinya jangan takut untuk dapatkan konsultasi kalau korang ada masalah dengan gigi.



Bukan sahaja bilik rawatan untuk orang dewasa yang selesa, tapi bilik untuk kanak-kanak pun dilengkapi dengan kerusi rawatan yang comel dan menarik, serta dekorasi yang membantu kanak-kanak tenang dan tidak takut berjumpa dengan doktor.



26 CAWANGAN LAGI TAHUN INI

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho pula berkata, turut berkongsi My Dental Care menyasarkan untuk membuka sebanyak 26 cawangan Klinik Pergigian My Dental Care tahun ini supaya dapat terus memberikan perkhidmatan pergigian yang lebih efiksyen dan dekat dengan pelanggan serta membuka peluang pekerjaan kepada graduan kesihatan.

Kepada korang yang tak tahu, MDC Asia Link Berhad (MALB) merupakan penyedia perkhidmatan kesihatan patuh syariah dan profesional di Malaysia yang diasaskan oleh Dr Aslan Bacho bersama dengan Dr Zeefitri Saniah Bidin.

MALB ketika ini mempunyai operasi perkhidmatan pergigian di bawah My Dental Care, hospital bersalin di bawah MDC Pusrawi serta aplikasi kesihatan komprehensif di bawah Hi Doktor.

Jangan lupa untuk kunjungi Klinik Pergigian My Dental Care (Medan Tuanku) yang terletak di No 15, Jalan Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Klinik dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!