Metrojaya Konsep Baru Dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre.

METROJAYA KINI MENDARAT DI LALAPORT; PERTAMA DI ASIA TENGGARA!

Dengan reputasi dalam industri peruncitan lebih dari empat dekad, Metrojaya kembali dengan memperkenalkan kedai next-gen yang terbaharu mereka di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Membawakan konsep fesyen yang mempesonakan dan produk gaya hidup yang unik, satu pengalaman yang menarik menanti pengunjung Metrojaya LaLaport.





Metrojaya kini menyediakan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama lain yang secara ekslusif hanya terdapat di Metrojaya LaLaport.



Dengan lokasi yang strategik di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen sehinggalah kelengkapan rumah untuk memenuhi keperluan pengunjung yang singgah ke Metrojaya. Bukan hanya konsep yang menerapkan trend terkini, tetapi mereka turut membawakan trend global terkini dengan produk gaya hidup berjenama yang terdapat khas di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain.

Selain daripada produk gaya hidup yang bergaya, Metrojaya LaLaport akan menjadi peruncit yang pertama yang menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah kepada pelanggan mereka. Bayangkan sambil membeli-belah, kita boleh minum kopi sementara nak buat pilihan nak membeli. Di dalam Metrojaya ini juga terdapat lif yang disambungkan terus ke medan selera di tingkat 4, jadi boleh berhenti makan sejenak sebelum sambung membeli-belah.



Vendor kopi yang disediakan membolehkan pelanggan bersantai dengan minuman kegemaran, dan di masa akan datang, gedung ini akan menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat mempelajari sesuatu yang baharu. Dengan konsep yang trendy, gedung ini juga mempunyai pelbagai sudut yang Instagrammable untuk mengabadikan momen yang tidak dapat dilupakan.

Kepada pelanggan wanita, turut disediakan sebuah spa kecantikkan di dalam Metrojaya. Untuk menikmati perkhidmatan ini, pelanggan perlu membuat tempahan awal.



Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL (stesen Hang Tuah), dan hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen MRT Merdeka, laluan Sungai Buloh-Kajang.

Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!