Finally, Istiadat Konvokesyen Sally Tiba Juga!

Jika yang dah lama kenal dengan Sally, rata-rata mesti tau yang Sally sambung pengajian peringkat ijazah secara separuh masa (PJJ) sejak dari tahun 2012. Sebenarnya dah banyak kali Sally putus asa nak sambung sampai habis, tapi teringatkan duit KWSP yang habis buat bayar yuran tu, tetap juga la habiskan walaupun secara keseluruhan ambil masa hampir 8 tahun!



Sebenarnya ada banyak dugaan sepanjang nak habiskan pengajian dan dapat segulung ijazah, Sally rasa hampir 6 kali (6 semester) Sally mohon cuti sebab kekangan kewangan, jiwa dan mental pun tak selari dengan keinginan masa tu. Itu yang daripada 4 tahun setengah drag sampai 8 tahun, belum masuk dah nak habis datang pula wabak Covid-19!

Sally sepatutnya grad pada Januari 2020, tapi sebab pandemik jadi semua istiadat konvokesyen ditangguhkan sementara waktu tapi Alhamdulillah akhirnya hari yang ditunggu-tunggu datang juga. Walaupun awalnya malas nak ke majlis konvokesyen, tapi sebab ibu merayu nak juga tengok Sally pakai jubah untuk ijazah, jadi turutkan jua la keinginan dia, kalau tak nanti jadi anak derhaka pula kan? Hahaha!





Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 dijalankan bermula dari 10 hingga 29 September 2022, untuk semenanjung Malaysia semuanya diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Sally dapat pada sidang ke-6 pada 13 September yang lepas.

Jujur kata, Sally bangga tapi dalam masa yang sama rasa sedikit ralat kerana tak dapat ijazah kelas pertama. Daripada Sally inform di media sosial, ramai yang bagi sokongan dan ucapkan tahniah, tak lupa juga yang hantar hadiah secara rahsia.



Obviously Sally happy tapi rasa malu sebab keputusan bukannya terlalu bagus tapi sokongan keluarga dan kawan-kawan memang buat rasa bangga akhirnya selepas 10 tahun (termasuk penangguhan istiadat konvokesyen selama 2 tahun), Sally bergelar graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pengurusan Sumber Manusia).

Ramai yang tanya, tak ada plan ke nak sambung Master?

Jujur kata ada la terdetik tapi takut tak mampu buat dengan baik dan akhirnya kecewakan diri sendiri. Kalau sambung pun Sally rasa Sally akan berhenti dekat Master je, PhD mungkin tidak. Kalau tahun ini tak ada yang masuk meminang juga, sambung je la Master kan? HAHAHAHA


Post a Comment

3 Comments

  1. Congratulations akak!!!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Sally. Setelah menempuh pelbagai cabaran, berjaya juga bergelar graduan. Moga terus maju

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!