Sebut sahaja pasal LuLu, memang takkan lari daripada teringat sebuah pasaraya dan gedung serbaneka yang besar dengan tawaran yang menarik. Berita baik buat semua peminat LuLu Hypermarket, LuLu dengan bangganya telah membuka cawangan mereka yang ke-5 di Setia Ecohill Mall, Semenyih.
Dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Nishad PA, Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia; Asif MA, Pengarah Serantau LuLu Malaysia; dan rakan perniagaan LuLu.
Dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Nishad PA, Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia; Asif MA, Pengarah Serantau LuLu Malaysia; dan rakan perniagaan LuLu.
Terletak di Setia Ecohill Mall, pasaraya LuLu cawangan terbaharu ini mudah diakses melalui Lebuhraya Cheras-Kajang, SKVE (melalui Lebuhraya SILK) dan LEKAS.
Ia mempunyai keluasan sekitar 36, 000 kaki persegi. Menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan urusan membeli-belah dan akan memberi perkhidmatan kepada 600,000 penduduk/pelanggan di sekitar Cheras, Kajang, Semenyih dan juga dari Nilai untuk ke sini bagi membeli-belah barangan harian mereka.
Seperti kebiasaan, setiap kali pembukaan cawangan baru, LuLu akan hadir dengan pelbagai tawaran menarik sempena pembukaan mereka. Dengan keluasan 2 aras (pasar raya di aras 1 dan gedung serbaneka di aras 2), LuLu menjanjikan kepuasan hati kepada pelanggan mereka.
Setiap aras diklasifikasikan kepada bahagian khusus untuk barangan runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barangan kering, pakaian fesyen, elektronik, IT, alat tulis, sukan , kasut, bagasi, dan lain-lain.
Pasar Raya Lulu menawarkan rangkaian luas produk tempatan yang mendapat permintaan ramai dan produk import seperti roti panggang, delicatessen dan produk import UK dan AS yang datang terus daripada syarikat yang membekalkan kepada Lulu Group di seluruh dunia. Bahagian LuLu Department Store terutamanya menonjolkan LuLu Fashion Store, yang menampilkan label tempatan dan antarabangsa, trend fesyen manakala LuLu Connect, untuk alat terkini, telefon pintar, peralatan rumah dan peranti elektronik.
Seperti biasa, Pasar Raya Lulu & Gedung Serbaneka menawarkan pilihan terluas produk berkualiti tinggi dan kos rendah di bawah satu bumbung. Bersempena dengan majlis pembukaan ini, Lulu di Setia Ecohill Mall telah memberikan banyak tawaran yang menarik untuk pelanggan mulai 15 September sehingga 18 September dan seterusnya.
Diskaun tak masuk akal untuk pelbagai jenis item dan tawaran harga terbaik yang tidak boleh dilepaskan untuk barangan segar dan runcit, bersama-sama dengan hadiah percuma untuk pelanggan awal, akan menjadi tarikan utama pembeli semasa pembukaan.
Kempen "Beli Produk Malaysia" 2022
Sempena dengan pembukaan cawangan terbarunya, LuLu juga telah melancarkan ‘Kempen Beli Produk Malaysia 2022’. Kempen kerjasama dengan KPDNHEP untuk dilancarkan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kualiti produk tempatan, mengetengahkan produk dan meningkatkan jualan untuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS) terutamanya mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
LuLu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana (IKS) tempatan untuk berkembang bersama dengan menyediakan ruang jualan di dalam kedai mereka. Pada masa ini, terdapat lebih 300 syarikat IKS tempatan berdaftar dengan LuLu Malaysia. Dengan mengeksport produk IKS Malaysia ke pasar raya besar LuLu di seluruh dunia, ia membuka jalan untuk produk IKS mendapat pendedahan pada skala yang lebih luas dengan meningkatkan harapan untuk menjadi global.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial media rasmi Facebook dan Instagram LuLu Hypermarket.
1 Comments
Banyak juga diskaun sempena hari pembukaan ni. Dekat area subang airport ni belum ada lagi Lulu, tak sabar gak tunggu lulu menjengah sini hehe
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!