Tasneem Marketplace : Gabungkan 5 jenama dalam satu platform, bantu jana pendapatan.

KOLABORASI TASNEEM NATUREL DAN BEBERAPA JENAMA BESAR MALAYSIA MELALUI PLATFORM TASNEEM MARKETLACE BANTU GOLONGAN SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN DENGAN MUDAH

Dari sehari ke sehari, rata-rata rakyat Malaysia ramai yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup seperti harga bahan mentah, kenaikan kadar OPR oleh Bank Negara dan inflasi yang melanda sehinggakan perlu mencari ruang untuk menambah pendapatan dan ada juga yang sanggup melakukan sehingga 3 kerja bagi menampung kehidupan seharian.

Dengan wawasan untuk membantu golongan suri rumah supaya dapat mencari pendapatan sendiri dan juga sedikit sebanyak membantu menambahbaik kewangan keluarga, Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.



Usahasama ini dibuat dalam bagi membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.



Tasneem MarketPlace merupakan sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga (parenting), kanak-kanak dan bayi. Platform ini umpama one stop center berkaitan dengan kekeluargaan yang menjadi antara niche penting di Malaysia.

Apa yang menarik jika menjadi pelanggan Tasneem MarketPlace;
1️⃣ Pendaftaran percuma
2️⃣ Minimum 3% cashback
3️⃣ Komisen
4️⃣ Kumpul point
5️⃣ Penghantaran diuruskan oleh pihak HQ secara terus

Selain daripada menjadi pelanggan, kita juga boleh mendaftar sebagai reseller Tasneem MarketPlace. Antara kelebihan menjadi reseller Tasneem MarketPlace;

1️⃣ Pendaftaran percuma
2️⃣ Tidak perlukan modal
3️⃣ Penghantaran diuruskan oleh pihak HQ secara terus
4️⃣ Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah
5️⃣ Produk berkualiti dan sudah mempunyai pasaran tersendiri (well-known brand)
6️⃣ Ada penyata pendapatan
7️⃣ Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya
8️⃣ Reward yang menarik



Kepada anda yang menjadi ruang untuk menjana pendapatan dengan mudah dan senang bersama Tasneem MarketPlace, bolehlah mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022 dan 50,000 usahawan menjelang Disember 2023. Jangan lepaskan peluang untuk jana pendapatan bersama Tasneem MarketPlace!

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK SERTAI JEMAAH TMP - www.tasneemmarketplace.com
SILA KE SESI PREVIEW - https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1

Post a Comment

0 Comments