REAL BEAUTY by AEON; Ketengahkan Produk Tempatan Ke Pasaran Runcit.

Bercakap tentang produk tempatan, sebenarnya ada banyak malah saban hari kita dengar tentang pengasas-pengasas baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Berapa banyak produk yang selalu menjadi bualan rupanya tidak selamat digunakan dan merbahaya bukan sahaja kepada luaran tapi dalaman manusia juga. Justeru tidak salahlah jika ada yang skeptikal dengan produk-produk tempatan.

Namun lain pula dengan AEON yang menyokong dan memartabatkan jenama tempatan Malaysia dengan memberi mereka peluang terus untuk berinteraksi dengan pelanggan dan pakar kecantikan dalam usaha mendapatkan pengesahan REAL BEAUTY.



Pencarian REAL BEAUTY dihoskan oleh usahawan dan selebriti terkemuka, Nana Mahazan, yang mengasaskan Nana Mahazan Beauty dan turut sama disertai oleh Sunshine Kelly, seorang blogger dan pempengaruh kecantikan terkenal serta Nana Ghazali, Usahawan dan Pengasas Bersama/Editor BeautyDesk.my sebagai juri dan jurulatih untuk kesemua 8 jenama.



REAL BEAUTY juga merupakan sebuah program mentoring yang menampilkan lapan (8) jenama kecantikan dan pengasasnya:
✨ Alluskin diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari
✨ Alnefre oleh Rana Cosmetics diasaskan oleh Rana
✨ Claire Organics diasaskan oleh Louise Chu
✨ Null Factory | Hillton diasaskan oleh Roger Beh
✨ IL Fragrance diasaskan oleh Tang Han Tiong
✨ Reneuf diasaskan oleh Nicholas Hys
✨ Sugarbelle diasaskan oleh Sheila Samsudin
✨ Zagara diasaskan oleh Jasmel Singh

Menceritakan tentang REAL BEAUTY; Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia sangat teruja dengan projek REAL BEAUTY, kerana melihat pelbagai jenis jenama kecantikkan yang dibangunkan atas dasar semangat, cinta dan keperluan.


Alnefre oleh Rana Cosmetics diasaskan oleh Rana

Bukan hanya sekadar produk biasa, jenama mereka dibangunkan dengan kualiti yang tinggi menggunakan bahan-bahan semulajadi dan organik. Walaupun jenama-jenama ini mempunyai pengikut yang kuat, platform seperti AEON boleh menjadi apa yang mereka perlukan untuk langkah seterusnya ke arah pertumbuhan dan pengembangan jenama.


Reneuf diasaskan oleh Nicholas Hys


Zagara diasaskan oleh Jasmel Singh

Daripada menjadi platform pengalaman yang menghubungkan dan melibatkan pelanggan dan profesional, sehinggalah kepada strategi pengedaran dan pemasaran, REAL BEAUTY mempunyai peranan untuk dimainkan dan jurang untuk diisi.


Sugarbelle diasaskan oleh Sheila Samsudin

Kesemua lapan jenama yang mengambil bahagian akan diberi sepuluh (10) cabaran jangkauan intensif untuk membawa jenama mereka ke peringkat seterusnya. Melalui REAL BEAUTY, jenama-jenama ini akan diberi peluang untuk membina rekod prestasi baharu bagi merealisasikan potensi maksimum jenama mereka. Selain itu, REAL BEAUTY bakal menyokong jenama dengan kemungkinan pelaburan dan sokongan dari segi kewangan.


IL Fragrance diasaskan oleh Tang Han Tiong


Null Factory | Hillton diasaskan oleh Roger Beh

Menjelang Oktober 2022, sekurang-kurangnya satu daripada jenama yang menyertai REAL BEAUTY akan menerima hak untuk menggunakan setem REAL-BEAUTY-with-AEON untuk mengesahkan produk mereka serta mendapat kontrak jualan selama 2 tahun di banyak kedai dan pusat beli-belah AEON di seluruh negara.


Alluskin diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari


Claire Organics diasaskan oleh Louise Chu

Tonton semua episod dokumentari REAL BEAUTY di www.youtube.com/aeonretailmalaysia.

Untuk info lanjut boleh ke pautan media sosial AEON:
Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Website: www.aeongroupmalaysia.com

Post a Comment

0 Comments