Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022; Gabungkan Pentas Malaysia dan Indonesia.

Malaysia dan Indonesia sememangnya serumpun. Dengan menerapkan elemen patriotism sempena Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos yang lepas dan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos nanti, Hype Global Ventures akan menganjurkan acara hiburan, bukan satu tetapi dua konsert yang dijadual dilaksanakan di Tawau, Sabah dan The Mines Sri Kembangan, Selangor.

Hype Global Ventures yang terkenal sebagai penganjur dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, mengorak langkah tahun ini bagi mengembangkan empayar menerusi projek bersifat hiburan seperti konsert.



Diberi nama Malam Merdeka Bah Kita 2022, konsert yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau akan diadakan pada 30 Ogos 2022, sehari sebelum ambang kemerdekaan. Konsert akan bermula dari pukul 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM 120.

Tiket sudah boleh mula dibeli di laman sesawang www.ticket2u.com.my/event/28107/malam-merdeka-bah-kita-2022



Barisan penghibur yang disediakan pihak penganjur juga sudah mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi satu bonus apabila Hype Global Ventures membawakan penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun.

Antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.


Hazama antara artis yang bakal mewarnai konsert di Tawau, Sabah.

“Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini.

“Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube.

“Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,”
ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof.

Malah karnival di Tawau ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai malam kemuncak menyambut kemerdekaan. Selain konsert yang menjadi kemuncak kepada karnival di Tawau, terdapat banyak aktiviti disediakan pengunjung termasuk pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival dari makanan sehingga pelbagai jenis barangan dan pakaian.

Kemuncak kepada karnival, selain daripada konsert ialah pengunjung bertuah akan membawa pulang hadiah utama atau lucky draw yang merupakan sebuah motosikal 250cc selepas detik 12 malam, 30 Ogos itu.



Ditanya tentang kapasiti pengunjung, penjarakan sosial dan sasaran untuk karnival ini, Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Encik Johari berkata mereka sangat mengalu-alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan.

Tidak mahu menghampakan peminat di Semenanjung untuk bertemu artis-artis daripada Indonesia, pihak Hype Global Ventures turut akan mengadakan persembahan kedua; Malam Santai Musical yang dijadualkan berlangsung di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September 2022.

Persembahan yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu akan menampilkan Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka serta Valdy Nyonk sebagai penampilan khas menghiburkan pengunjung di tapak uptown yang sememangnya menjadi tumpuan ramai itu. Harga tiket pula ialah RM65 dan RM165.

Uptown The Mines dipilih sebagai lokasi kedua kerana di sinilah tapak pemula kepada HYPE. Uptown The Mines mempunyai lebih 400 kedai dan secara tidak langsung dengan penganjuran persembahan ini, ia akan menambah nilai promosi kepada tempat ini dan membuka ruang kepada peniaga untuk mendapatkan lebih jualan.

Untuk sebarang keterangan lanjut bagi acara persembahan di Mines, boleh hubungi talian +6012-674 8347 (Farizal) atau +6019 560 7948 (Tado).

Post a Comment

1 Comments

  1. mmg suka lagu2 nyanyian Hazama ni...bestnya kalau dapat pergi kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!