Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88 & Zynakal Bakal “Kasi Pecah" Havoc Midnight Concert!

"Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88 & Zynakal"

Pertama kali tengok line-up untuk Havoc Midnight Concert, jujur kata Sally la yang paling teruja. Mana taknya, daripada kugiran sampai la band tempatan yang menjadi kegilaan ramai akan bersama dalam satu panggung. Apa lagi persembahan persembahan 'gila' mereka sudah lama tidak dilihat secara langsung kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.



Dikenali sebagai Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, pihak penganjur kepada konsert dan juga festival makanan dan jualan yang telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya, ikut menyemarakkan dunia hiburan dan pelancongan, meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya 'pecah'. Festival makanan dan jualan yang telah menjadi trademark ini telah mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak penubuhan mereka pada tahun 2019.

Melalui program yang diberi nama Havoc Midnight Concert, acara seperti festival ini akan dilaksanakan di beberapa lokasi.

✨ Dataran Karnival Shah Alam, Selangor - 3 dan 4 September 2022
✨ MITC Melaka - 4,5 dan 6 November 2022
✨ Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru - 30 dan 31 Disember 2022


Lokasi pertama yang akan di"havoc"kan oleh barisan pemuzik seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique adalah di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut turut iaitu 3 dan 4 September 2022 ini.

3 September - Zynakal, Yonnyboi dan KClique
4 September - Kugiran Masdo,
Floor 88 dan Noh Salleh

Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka bermula pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 (Early Bird) di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120 (2 Days admission ticket).



Kesemua tiket boleh dibeli melalui laman sesawang www.ticket2u.com bermula 18 Ogos 2022, jam 5.00 pm.

Jangan lupa untuk dapatkan harga early bird untuk 1,000 tiket yang pertama!

Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui peminat di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan.

Lebih mengujakan, Havoc Midnight Concert ini akan diadakan di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru pada dua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu 30 dan 31 Disember dan meraikan kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2023 dengan barisan pemuzik yang cukup berkaliber daripada pelbagai lapisan masyarakat.



Untuk itu diingatkan sekali lagi jangan terlupa untuk memilih sama ada hadir ke Shah Alam, Selangor, MITC, Melaka atau Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru semasa pembelian tiket.


Kugiran Masdo bakal membuat persembahan dengan hampir 10 buah lagu

Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan tetapi juga sebagai satu aktiviti pelancongan untuk merancakkan kembali industri.

Post a Comment

0 Comments