Corus Hotel KL Menawarkan Kopitiam Di Hujung Minggu.

Hujung minggu selalunya masa kita berehat dan merehatkan fikiran kita daripada tekanan kehidupan seharian dan kerja. Salah satu cara terbaik untuk menikmati masa lapang ialah makan atau mencari tempat makan atau bahasa hipster "Food Hunting".

Sebagai seorang yang suka mencari lokasi makan baharu, Sally memang gemar "Cafe Hunting" tapi sesekali tu rasa bosan juga dengan menu yang hampir serupa, akhirnya mesti berbalik kepada mamak atau Kopitiam.



Bila keluar makan, Sally memang lebih suka dengan kopitiam dan bila tau yang Dondang Sayang Coffeehouse di Corus Hotel Kuala Lumpur menawarkan hidangan bufet minum petang kasual berkonsepkan menu-menu terkenal kopitiam, Sally memang tak lepaskan peluang untuk cuba sendiri. Bayangkan free flow menu Kopitiam!


Bahan-bahan untuk Bubur Teochew

Antara menu wajib yang boleh korang cuba di bufet Kopitiam Corus Hotel KL seperti Mee Kari Nyonya, Bubur Teochew, Nasi Lemak, Assam Laksa dan macam-macam lagi. Lepas tu dapat pula Roti Bakar Telor Goyang ditemani secawan kopi panas daripada Kopi Hang Tuah, memang sempurna la.





Sally paling suka dengan Nasi Lemak dan juga Popiah Basah dekat sini. Sambal Nasi Lemak dia memang lain daripada yang lain, dia rasa macam ada hint Asam Pedas sikit tapi memang sedap. Nasi Lemak dia dihidangkan dengan Rendang Ayam tapi Sally purposely tukar dengan Ayam Goreng Berempah dia, Masya-Allah puas hati betul!



Popiah Basah dia pulak memang tak kedekut inti, ada banyak gila rencah dalam satu gulungan, makan satu pun dah kenyang. Dekat sini popiah basah ini dibuat secara langsung bila kita minta, jadinya memang fresh dan takkan "soggy".



Secara keseluruhan, Sally memang puas hati sangat sebab dah menjadi kegemaran Sally makan menu-menu kopitiam. Dapat layan Kopi O Panas, Kopi Tarik, Roti Bakar dengan Kaya tu berulang kali, memang ngam teruk!

Promosi Kopitiam @ Corus Hotel KL
Setiap Sabtu dan Ahad (bermula 27hb Ogos 2022 hingga 25 September 2022)
Masa: 12.00pm - 3.00pm
Harga bufet:
RM58nett - Dewasa
RM38nett - Kanak-kanak.

Promosi tawaran 4+1 ditawarkan di mana 4 orang dewasa yang membayar penuh, orang dewasa yang ke-5 boleh makan secara PERCUMA.

Bagi tetamu yang membuat tempahan bilik atau yang sedang menginap di hotel pada hujung minggu akan menikmati DISKAUN 15% untuk jumlah keseluruhan bil. Jadi, jangan lepaskan peluang ini kalau korang menginap atau ada plan untuk menginap di Corus Hotel KL pada hujung minggu.

Untuk tempahan boleh hubungi bahagian Pemasaran Digital F&B mereka di 03-2161 8888 samb 179

Post a Comment

0 Comments