TinyTAN Message Chocolate Ver.2 Sudah Mula Dijual, Hanya di TopzMall. Peminat BTS Wajib Beli!

TopzMall x TinyTAN: Jualan Eksklusif Dalam Talian di Malaysia

Haluuuu haluuuu mana ARMY! #KakakKimchi ada berita baik nak share dengan korang! Hehehe...Kepada semua peminat BTS, TopzMall berbesar hati untuk menjadi penjual semula rasmi “TinyTAN Message Chocolate Ver.2”.



Kepada yang tak tahu, TinyTAN ialah sekumpulan watak fiksyen yang direka khas daripada tujuh ahli BTS. Setiap satu direka bentuk dengan personaliti berbeza yang muncul daripada persona ahli kumpulan BTS, dengan alam naratif mereka sendiri yang membawa watak merentasi sempadan realiti dan imaginasi melalui 'Pintu Magik'.

“TinyTAN Message Chocolate Ver.2” membawa mesej yang comel, manis dan menggembirakan di dunia dalam pembungkusan yang menarik serta berwarna-warni:



1) Dynamite (putih) - Menyampaikan pesan harapan dan menghiburkan



2) Purple Holidays (ungu) - Menyampaikan pesan simpati dan penyembuhan



3) Wappen (hitam) - Menyampaikan pesan empati



4) Sweet Time (merah jambu) - Menyampaikan kata-kata semangat



Sekotak “TinyTAN Message Chocolate Ver.2” mempunyai 8 keping coklat. Dalam setiap kotak, 7 keping coklat dicetak dengan watak comel TinyTAN dengan mesej ikhlas mereka (7 ayat rawak, jumlah keseluruhan 49 gaya), dan 1 keping coklat lain yang dicetak dengan logo TinyTAN.



Setiap satu keping coklat mengandungi mesej-mesej yang positif daripada ahli kumpulan BTS yang ingin disampaikan kepada dunia. Selain daripada coklat, setiap kotak turut disertakan dengan pelekat 7 aksara, sesuai untuk ARMY dan penyokong BTS untuk dijadikan kenangan.

TopzMall x TinyTAN Message Chocolate Ver.2 - Pakej Eksklusif

Di TopzMall, korang boleh pilih sama ada nak beli sekotak ataupun boleh beli pakej ekslusif untuk 4 kotak (1 set)

1. Satu Set (4 kotak) of TinyTAN Message Chocolate Ver.2
~ Sweet Time, Wappen, Purple Holidays & Dynamite
Setiap kotak ada 8 keping coklat - Tujuh (7) keping coklat dicetak dengan watak-watak comel TinyTAN & Satu (1) keping coklat dicetak dengan logo TinyTAN serta tujuh (7) pelekat aksara untuk setiap kotak.



[PERCUMA] Satu (1) Beg Penyejuk TinyTAN edisi terhad.
** TIDAK DIJUAL BERASINGAN


Harga asal: RM520.00 / set
Harga diskaun: RM499.00 / set
Pautan produk: https://bit.ly/3SFxx2c


2. Sekotak (1) TinyTAN Message Chocolate Ver.2

Pilih salah satu (1) kotak coklat mesej - Sweet Time @ Wappen @ Purple Holidays @ Dynamite
Setiap kotak ada 8 keping coklat - Tujuh (7) keping coklat dicetak dengan watak-watak comel TinyTAN & Satu (1) keping coklat dicetak dengan logo TinyTAN serta tujuh (7) pelekat aksara untuk setiap kotak

Harga asal: RM130.00 / kotak
Pautan produk: https://bit.ly/3zJJxH6

@sally.jung Mana #ARMY!! #KakakKimchi nak unboxing TinyTAN Message Chocolate Ver. 2 niii 😱😱 boleh beli dekat @topzmallofficial #TopzMALL #TinyTAN #BTS #MessageChocolate #MALAYSIA #TinyTANMessageChocolateVer2 ♬ Boy With Luv (feat. Halsey) - BTS

Apakah TopzMall?
Kepada yang tak tahu atau tak pernah dengar, TopzMall merupakan sebuah platform e-dagang rentas sempadan Malaysia ditubuhkan pada Jun 2020. TopzMall juga memfokuskan untuk memasarkan produk daripada SME (Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia) supaya dapat menembus sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mengekalkan konsep "Hidup Sihat Bermula dengan Gaya Hidup Berkualiti", pelanggan platform ini boleh menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian 24/7 dengan harga terendah. Mereka turut mempromosikan tawaran eksklusif bulanan serta tawaran istimewa untuk pembeli setia.



Setiap bulan juga mereka turut menganjurkan kempen jualan dua digit bulanan, road trip dan juga kedai flash pop-up. Pesta pelancongan dan pakej pelancongan serta pelepasan gudang dalam talian dan jualan akhir tahun juga turut dirangka bagi menarik perhatian umum untuk membeli belah di TopzMall.

Topz+ Langganan
Di TopzMall juga, mereka mempunya program kesetiaan langganan tahunan untuk pembeli TopzMall. Mereka yang berdaftar akan diberikan diskaun dan tawaran istimewa yang tidak dapat diakses oleh pembeli biasa serta tambahan pakej eksklusif bulanan untuk ahli Topz+.

TopzMall x TogaGo
TogaGo ialah platform tempahan pelancongan dalam talian sehenti di Malaysia. Ia menawarkan lebih daripada 1.4 juta penginapan di seluruh dunia, tempahan tiket kereta api China, pakej pelancongan dan tawaran eksklusif. TogaGo juga merupakan ahli Matta Fair, Tourism Malaysia, dan Malaysia Truly Asia. Pastikan buka selalu TopzMall untuk lihat tawaran eksklusif pelancongan bulanan melalui kempen yang dilancarkan oleh TopzMall.

TopzMall x Pemilik Jenama
Kepada pemilik produk atau jenama, TopzMall turut menyediakan peniaga dengan bayaran subsidi RM10,000 untuk siri perancangan iklan pemasaran. Ini boleh membantu untuk membuat publisiti percuma melalui platform media sosial selain membantu perniagaan untuk mempromosikan jenama mereka kepada orang ramai.

Sebarang pertanyaan dan kerjasama, boleh hubungi pegawai BD Team yang bertanggungjawab:
Encik Nicholas Gan
Hubungi / WhatsApp: +60147352600
E-mel: nicholas.gan@topzmall.com

Laman Web Rasmi: www.topzmall.com/
Facebook akaun: www.facebook.com/topzmallofficial
Instagram akaun: www.instagram.com/topzmall/
Yippi Program Mini: @Topzmall
TikTok akaun: @TopzMallOfficial

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!