Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11.

Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11 | Sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan sebagai etnik Melayu, kita selalu rasa yang kita dah menguasai Bahasa Kebangsaan kita dengan baik. Sally pada dasarnya pun memang suka dengan Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu Kuno/Klasik.

Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11.

Walaupun begitu, masih lagi kita lihat banyak kesalahan tatabahasa yang terjadi, bukan setakat di media sosial, di papan tanda, surat rasmi, memo dan sebagainya pun masih lagi ada masalah penggunaan tanda baca, ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil.

Sebagai seorang penulis blog dan pencipta kandungan media sosial, Sally akui yang Sally sebenarnya kena belajar banyak dan sentiasa kemas kini kosa kata yang Sally dah pelajari sejak kecil. Masa zaman sekolah dan universiti pun, kebanyakkan mata pelajaran turut diajar dalam bahasa Inggeris menjadikan kosa kata Bahasa Melayu menjadi agak lemah sebab jarang digunakan sebagai medium untuk menulis.

Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11.

Selalunya, bila nak semak tatabahasa Bahasa Inggeris ada banyak perisian yang kita boleh guna, Sally sendiri pun masa siapkan projek akhir tahun zaman Ijazah dulu pun gunakan Grammarly, tapi bila nak semak tatabahasa Bahasa Melayu, susah nak cari selain daripada guna manual menggunakan Kamus Dewan Bahasa.

DewanEja 11 ialah Aplikasi Semakan Tatabahasa untuk rakyat Malaysia yang mampu membantu kita menulis dengan lebih baik dan belajar dengan lebih cepat. Ianya memfokuskan untuk membantu kita menulis bahasa Melayu yang betul dalam MS Office dari segi ejaan dan tatabahasa, dengan teknologi linguistik mereka.

Jangan tak tau, DewanEja sebenarnya dah ada sejak 20 tahun lepas tapi mungkin kurang didedahkan kepada umum, dan Sally sendiri sebenarnya pun baru tau kewujudan aplikasi yang memudahkan hidup ni, mana taknya dah edisi yang ke-11 dah baru tau.

Apa yang baru dalam edisi yang ke-11 ini ialah;

1. Autolengkap - Taip lebih cepat
Semasa anda menaip dalam MS Word, DewanEja 11 akan mengikut perkataan anda dan memaparkan cadangan dengan cepat. Jika anda melihat apa yang anda mahu, hanya tekan butang TAB di papan kekunci untuk melengkapkan perkataan.

2. AutoRamalan - Lengkapkan frasa serta-merta
Selepas menaip perkataan, DewanEja 11 meramalkan perkataan seterusnya untuk anda, berdasarkan ribuan ayat bahasa Melayu yang dianalisis untuk data statistik. Sebagai contoh, taip "terima", dan "kasih" dicadangkan secara automatik. hanya tekan butang TAB di papan kekunci untuk melengkapkan perkataan.

Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11.

3. Berfungsi dalam Chrome, Edge dan FireFox
Sambungan penyemak imbas yang membolehkan anda menyemak ejaan dan tatabahasa dalam tapak web kegemaran anda. Gmail, WordPress, Facebook dan banyak lagi. Namun DewanEja11 hanya boleh digunakan di komputer dengan perisian Windows 10 & 11 sahaja.

4. Leksikon Lebih Berkualiti
Diperkaya dengan data yang lebih dikemas kini, kini pengeja mengenali lebih daripada 24,000 perkataan kontemporari. Contohnya "keretapi" atau "kereta api", kesilapan ejaan seperti ini akan terus diperbetulkan segera bila kita sedang menaip.

Di dalamnya juga terkandung kamus Peribahasa dan Simpulan Bahasa, memudahkan apabila kita ingin mencantikkan lagi ayat semasa sedang menaip.

Sally sebenarnya agak sedikit kecewa sebab bila gunakan di pelayar Mozilla Firefox agak susah sedikit nak ada hubungan terus ke blog Sally, tapi berbeza bila Sally gunakan secara terus di Microsoft Words (Sally guna Microsoft Office MS 2016), tapi secara keseluruhan DewanEja11 memang membantu Sally sejak Sally gunakan beberapa minggu lepas.

Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11.

Harga untuk perisian DewanEja 11:

DewanEja 11 (Langganan)
RM89/tahun
Autobaharui. Boleh batalkan bila-bila masa.

DewanEja 11 (Langganan)
RM178/2 tahun
Autobaharui. Boleh batalkan bila-bila masa.

DewanEja 11
RM298 /selamanya
Tidak ada tarikh luput.

Sebagai seorang penulis blog, Sally memang seronok bila ada "pembantu" seperti DewanEja 11 semasa Sally menyiapkan satu-satu artikel. DewanEja 11 sesuai untuk mereka yang sering menggunakan Bahasa Melayu di dalam kerja harian mereka.

Jujurnya sebagai seorang yang dilahirkan dalam etnik Melayu, Sally sebenarnya rasa yang Sally sangat tahu dan ada pengetahuan yang banyak mengenai Bahasa Melayu tetapi bila gunakan DewanEja 11, sebenarnya ada banyak artikel yang Sally tulis ada kesalahan tatabahasa terutama daripada segi imbuhan. Terima kasih kepada kenalan Sally yang memperkenalkan DewanEja11. Terus langgan selamanya lebih menarik tawaran dia! Kalau korang nak guna juga, boleh klik DewanEja 11 ok?

Semak Tatabahasa Bahasa Melayu Dengan DewanEja 11.

Untuk info lanjut mengenai DewanEja 11, boleh terus ke laman sesawang The Name Technology Sdn. Bhd. (TNTSB)

Post a Comment

1 Comments

  1. not bad tapi mahal juga subscription fee tu.. ammi selalu kena buat translation untuk court documents jadi ammi guna bantuan DBP je untuk perkataan yang tak jelas

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!