Palmierra28 Cafe, Petaling Street | Petaling Street memang terkenal dengan lokasi pelbagai kafe yang hipster dan menjadi tumpuan pelancong dan juga warga tempatan. Sally secara peribadi memang sering mencari dan mencuba kafe-kafe baru yang ada di Lembah Klang. Rasanya duit habis dekat makanan sahaja!
Semasa ke Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown...Sally ternampak kafe ni, memang terus rasa nak terjah. Lokasi Palmierra28 Cafe ini memang betul-betul bersebelahan dengan hotel. Jadinya selesai urusan dekat hotel, terus hala ke sini. Warna hijau Turquoise memang memanggil kita untuk singgah. Kepada rakan-rakan Muslim jangan risau sebab pemilik Palmierra28 Cafe ialah Melayu Muslim dan makanan pun diyakini halal.
Pertama kali jejak kaki dalam kafe ini Masya-Allah memang cantik okay! Sangat banyak port untuk ambil gambar untuk Instagram, daripada dinding, ke perabot sampai la ke tandas dia memang SYURGA untuk yang suka bergambar!
Pada awalnya Sally ingat kafe ini macam kafe tipikal yang menjual kopi, pastri dan sebagainya tapi tekaan Sally meleset ya, kafe ini bukan setakat ada kek dan kopi, tapi sebenarnya fokus mereka menjual menu hidangan Melayu asli yang diambil daripada negeri-negeri seluruh Malaysia. Serius kata menu-menu dekat sini memang semua kena dengan tekak Sally.
Untuk air, Sally pilih Kasturi Palmierra (Lemon dan Asam Boi), Bunga Telang Meranti (Keladi) dan Pelangi Ungu (Gabungan Ribena, Soda dan Laici). Nama memang menarik selari la dengan rasa dia. Teh Tarik Thermomix pun ada tau. Bukan biasa-biasa!
Bila nampak senarai kuih muih yang ada memang teruja betul. Bayangkan la, ini kali pertama Sally cuba Temosa Raja, kuih tradisi daripada negeri Pahang. Ada banyak lagi pilihan kuih muih tapi ikut ketersediaan juga, boleh tanya dulu sebelum buat pesanan tau.
Dalam menu ada beberapa menu a-la-carte, tapi sebab Sally datang dengan beberapa orang kawan, jadi kami order beberapa jenis menu masakan, lepas tu makan nasi. Nasi dia pun guna beras Basmathi. Fuh~ Antara menu yang kami order termasuklah:
1. Pais Ikan Patin
2. Udang Masak Sambal Petai
3. Daging Salai Lemak Cili Api
4. Terung Goreng Belacan
5. Opor Daging
Sally memang suka betul dia punya Pais Ikan Patin & Daging Salai Lemak Cili Api. Pekat likat kuah dia memang tak kedekut bahan. Cukup rasa. Yang Udang Masak Sambal Petai tu, petai dia pun tak kedekut. Sebiji sebiji tau, puas hati betul dapat petai macam tu, dah la segar-segar!
Dah makan nasi, eh terliur pula tengok menu a-la-carte. Jadi order juga la beberapa menu, kongsi sama-sama. Paling menarik perhatian dalam menu dia Laksa Pahang ini. Sally baru kali pertama makan Laksa Pahang. Lain daripada yang lain rasa dia.
Laksa Pahang beza dengan laksa yang lain daripada segi kuahnya yang ada kerisik dan juga ada sambal. Mee laksa dia pun dibuat secara tradisional guna acuan laksa yang dipanggil gebok laksa.
Bila dah makan makanan tradisi Melayu, wajib la cuba Nasi Lemak kan? Nasi Lemak dengan Rendang memang sedap. Fokus Sally kalau Nasi Lemak, nasi dia kena lemak dan sambal kena sedap. Jadi yang dekat Palmierra28 Cafe memang menepati citarasa Sally. Ahh Sally asal makan semua sedap. HAHAHA
Kalau tak ada mood nak makan nasi, Sally sarankan cuba la Maggie Seafood Palmierra. Ini bukan macam mee segera biasa tau, kuah dia fuhhhh sakan hirup panas-panas. Makanan laut dia pun segar dan tak kedekut.
Akhir sekali, mestilah makan pencuci mulut kan. Masa awal-awal tengok menu dah memang rasa nak order Puding Raja / Puding Diraja. Kalau dapat menu yang satu ini, Sally memang yang paling gembira. Dapat pula kuah dia sejuk, lagi bertambah sedap!
Bagi yang tak pernah cuba Puding Raja, resipinya agak unik sebab menggunakan jala emas yang diperbuat daripada kuning telur itik. Telur kuning sahaja tau, tapi disebabkan harga telur itik yang semakin meningkat, ianya biasa ditukar kepada kuning telur ayam. Selain daripada jala emas, ada juga pisang (biasanya disalai atau dimasak dengan gula karamel), ceri, badam, prun, susu cair dan gula pasir.
Selain daripada Puding Raja, boleh juga cuba Sag Gula Melaka, Onde-Onde Melaka, Mango Truffle dan Boko Pandan.
Kepada peminat menu masakan Melayu asli, dan sukakan kafe yang ada banyak reruai foto menarik untuk Instagram, boleh la singgah ke Palmierra28 Cafe. Dari segi rasa, Palmierra28 memang sangat menitikberatkan kualiti bahan dan rasa, jadinya Sally yakin korang akan suka juga dengan menu-menu yang ada di sini.
PALMIERRA28 CAFE
154, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.
Untuk tempahan: 018-2450807
Instagram: www.instagram.com/palmierra28
154, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.
Untuk tempahan: 018-2450807
Instagram: www.instagram.com/palmierra28
1 Comments
Lawanya cafe dia..lukisan2 tu mmg cantik..syok ni mkn sambil lepak
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!