Pak John Steamboat & BBQ @ Great Eastern Mall.

Korang nak tau..kali pertama Sally berkunjung ke Pak John Steamboat & BBQ adalah pada tahun 2014, lepas 4 tahun Sally pergi ke majlis pembukaan di IOI City Mall, Putrajaya tahun 2018 dan lepas tu takde dah pergi...salah satu sebabnya jauh laa...Sally yang duduk kat Ampang ni mmg takde hati betul nak berjalan sampai ke eCurve atau Putrajaya tu semata sebab nak makan...hahaha..



Tapi bila dapat tahu yang Pak John Steamboat & BBQ dibuka di Great Eastern Mall, Sally sepantas kilat terus berkunjung ke sini. Ternyata kelebihan dan kepelbagaian yang dihidangkan Pak John Steamboat & BBQ telah menjadi antara sebab kenapa restoran ini sentiasa menjadi antara yang terbaik dan membuatkan Sally teringat-ingat nak datang ke sini.



Semua pilihan makanan kat sini memang dijamin segar, selari dengan tagline mereka...ada pelbagai jenis makanan laut, daging dan ayam dan yang best sekali premium item dia yang sentiasa menjadi kegemaran Sally; kepingan daging lembu, kambing, dan Smoked Duck (Itik)! Item premium hanya ada untuk dinner sahaja buat masa ini.



Untuk sup steamboat pula, ada enam pilihan yang sedap yang boleh dipilih seperti Prawn Soup, Kimchi Soup, Tom Yam Soup, Fish Soup, Chicken Soup dan Curry Soup. Kalau korang tanya Sally, Sally cadangkan korang ambil Fish Soup dan Tom Yam Soup. Fish Soup direneh lama tau, kalau tak silap Sally lebih 6 jam.





Selain daripada steamboat dan BBQ, ada juga sushi, dim sum, waffle. Pilihan untuk sos pun banyak, pencuci mulut, buah-buahan. Air pun ada banyak pilihan. Pendek kata, semua menu di Pak John Steamboat & BBQ sesuai untuk seisi keluarga.









Lokasi Pak John Steamboat ni pun dekat je dgn surau & toilet. Mmg conveniently located la dalam mall tu. Dan yang paling penting, Pak John Steamboat & BBQ Buffet telah memiliki sijil Halal JAKIM..Jadi jangan risau la nak datang makan kat sini dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan..nak santai ke nak lepak je memang sesuai

Sally selalu cakap kat kawan-kawan, "Rather than saying I love you, maybe you can serve me meat, well that's a form of love for me 🤭"



Pak John Steamboat & BBQ
Lots 9, Level 3, Great Eastern Mall, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Post a Comment

2 Comments

  1. dulu slalu makan kat eCurve...mmg inilah steamboat plg faveret dan soup dia ammi suka curry. Penah makan yg kat IOI tu tapi lain sikit rasanya...not as good as at eCurve. Nanti nak try yg kat GE pulak

    ReplyDelete
  2. wah..dekat ni dengan rumah. lama tak pergi GEM. OK2 boleh cuba. thanks rekemen

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!