Kucaté Dilancarkan Secara Rasmi Selepas 9 Bulan Berada di Pasaran.

Grand Launching Kucaté di Magica Victory @ Quill City Mall | Selepas hampir 9 bulan penubuhan Kucaté yang telah mula bertapak di Malaysia sejak November 2021, Kucaté hari ini telah melancarkan jenama mereka secara rasmi di sebuah majlis yang di adakan di Magica Victory Hall di Quill City Mall pada 18 Julai 2022. Majlis ini disertai oleh agen-agen, rakan kongsi perniagaan Kucaté daripada seluruh Malaysia dan juga daripada Singapura, Brunei.





Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datin Noor Kartini Noor Mohamed selaku pengasas produk jenama Kucaté. Turut hadir memeriahkan majlis adalah ahli keluarga Datin Noor Kartini, Puan Noor Nabila, Puan Nur Athisha dan suami, Cik Nur Athirah, rakan strategik Kucaté Tuan Rafie Hj Ramli & Puan Felinna Fattah, rakan-rakan bisnes dan tidak dilupakan rakan-rakan media.



Majlis Perasmian juga turut diserikan dengan sambutan hari lahir pengasas Kucaté, Datin Noor Kartini yang lebih mesra disapa Mama Kartini oleh "anak-anak" Kucaté beliau.



Bermula November 2021 sehingga Jun 2022, Kucaté telah memperoleh jualan sebanyak RM10,597,751.00 dan jumlah produk Kucaté yang terjual adalah sebanyak 173,954 unit. Ini menandakan jumlah komisyen yang telah dibayar seterusnya memberi manfaat kepada Rakan Niaga Kucaté adalah sebanyak RM2,587,361.67. Selain itu juga, jumlah Reseller Kucaté juga telah mencecah seramai 57,453 orang setakat ini.

Ditanya tentang sasaran Kucaté untuk tahun ini, pihak Kucaté menyasarkan keuntungan sebanyak RM20 Juta untuk separuh tahun kedua 2022 ini.



Kucaté mendapat namanya daripada sebutan dalam loghat Kelantan KOO-CHA-TAY yang memberi maksud KACAU TEH / BUAT TEH. Kucaté merupakan sejenis teh herba berbentuk kiub yang diperbuat daripada sumber madu dari pelbagai jenis bunga yang tumbuh secara semulajadi kemudian digabungkan dengan pelbagai pilihan bunga kering yang boleh dimakan untuk memberi kebaikan yang optimum dan menghasilkan pengalaman yang unik dan menarik untuk setiap deria pengguna.

Sehingga majlis ini, Kucaté terdapat dalam 4 variasi iaitu Superwoman (diformulasi daripada 7 jenis herba), Stress Free (Osmanthus & Longan), Happy Tummy (Krisantimum & Halia) & Beau-Tea (Krisantimum & Mawar). Dalam masa terdekat, akan ada lagi 2 variasi baru yang bakal diperkenalkan iaitu teh gabungan Habbatus Sauda, Madu dan Lemon serta sejenis teh dengan buah strawberi dan 7 jenis gabungan herba lain.



Bersempena dengan pelancaran rasmi ini juga, Kucaté turut melancarkan KEMPEN BELI & MENANG yang berlangsung dari 17 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022. Setiap pembelian pakej TRIO COMBO yang mengandungi Stress Free, Happy Tummy & Beau-Tea bernilai RM197/SGD70/BND70, pembeli berpeluang memenangi hadiah yang menarik antaranya adalah Pakej Umrah untuk 6 pemenang, wang tunai berjumlah sehingga RM18,000 dan hamper produk Kucaté bernilai lebih RM200.

Masa awal-awal Sally dengar pasal Kucaté, memang teruja sebab selain daripada kopi, Sally juga salah seorang yang suka dengan teh. Bila rasa sendiri, Sally terpaksa akui yang Kucaté memang mampu meningkatkan mood kita dan Kucaté berinteraksi dengan tubuh badan kita daripada dalam.



Kepada anda yang masing mencari platform perniagaan untuk menjana pendapatan sampingan mahupun secara tetap, Kucaté merupakan antara pilihan yang terbaik. Platform ini membuka peluang kepada orang awam untuk mula menceburkan diri dalam perniagaan dengan sokongan dan bimbingan secara komprehensif yang akan disediakan oleh pihak Kucaté.Tahniah Kucaté!


Post a Comment

3 Comments

  1. Bisnes yang paling best pernah saya join. Nak order atau join team boleh follow kucate_therichestunicorn

    ReplyDelete
  2. kenapa kite xprasan kak sally hrtu. kite ada g toilet time rame2 influencer ada dekat luor. huhu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!