Butik Naelofar Kini Dibuka di KL East Mall.

Naelofar KL East Mall | Kalau sebut jenama Naelofar, rata-rata rakyat Malaysia memang dah kenal, tambahan pula pengasasnya Neelofa seorang figura selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia. Hujung Jun 2022 yang lalu, Naelofar mengumumkan pelancaran rasmi kedai keenam mereka di KL East Mall, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh pengasasnya, Noor Neelofa Mohd Noor bersama Pengarah Urusan, Mohamed Aqief Mohd Noor, dan ahli keluarga yang lain. Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee juga turut hadir sama semasa majlis pelancaran.



Menampilkan konsep minimal, butik Naelofar dengan ruang seluas 2,400 kaki persegi dipenuhi dengan produk terlaris Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan yang luas, tempat duduk yang selesa dan reruai foto menarik untuk Instagram, di samping menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes apabila mereka berkunjung.





Semasa ucapan ketika majlis pelancaran, Neelofa sebagai pengasas Naelofar berkongsi tentang mengembangkan butik Naelofar di seluruh Malaysia namun terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang melanda, namun beliau teruja kerana akhirnya dapat kembali beroperasi dan membuka butik keenam mereka dan banyak lagi pada masa akan datang. Neelofa sekeluarga turut berterima kasih kepada #NaelofarBabes kerana sentiasa memberikan sokongan kepada jenama Naelofar.





Seperti kebiasaan, menjelang perayaan Aidiladha, Naelofar turut melancarkan beberapa koleksi secara eksklusif kepada pengunjung KL East Mall semasa majlis perasmian sebelum ianya mula boleh didapati di saluran lain.

Antara koleksi sempena menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan datang yang dilancarkan termasuklah,
1. Set Hadiah Najma Mini Sejadah: RM169
2. Najma Sejadah: RM95
3. Set Amal Telekung: RM249
4. Lara Crepe Lace Abaya: RM329


Koleksi Lara Crepe Lace Abaya

Sally jujurnya bukan seorang yang mengikuti perkembangan Naelofar tapi bila dapat melihat sendiri koleksi yang ada di butik, memang teruja. Mana taknya semua koleksi menggunakan material yang berkualiti. Sally pun bertuah untuk dapat Set Hadiah Najma Mini Sejadah - Aurora.



Jangan lupa untuk kunjungi butik terbaharu Naelofar di Lot G1-37, Tingkat Bawah, KL East Mall yang dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari untuk melihat dan membeli koleksi terkini serta menikmati tawaran eksklusif dalam kedai dari semasa ke semasa.

“With Naelofar, every woman can Go Far”

Post a Comment

3 Comments

  1. Bestnya peluang jumpa nelofa & fmly dia..bila2 blh singgah

    ReplyDelete
  2. wow congrats to neelofar new outlet at kl east mall

    ReplyDelete
  3. tahniah Naelofar & team. Tak sabar nak tunggu outlet lain pula.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!