Najia's Pakistani Tawa & Grill, Mont Kiara | Awalnya bila dengar pasal makanan Pakistan, Sally macam agak sedikit janggal sebab selalu orang ajak makan dekat Restoran Arab atau India, ini Restoran Pakistan, terus cakap ya sebab teruja nak tau makanan dia macam mana. Jujur kata memang tak pernah lagi nampak restoran yang hidangkan masakan Pakistan sebelum Sally jumpa Najia's Pakistani Tawa & Grill.
Sally agak jarang ke area Mont Kiara, boleh kira kot berapa kali pernah sampai sana, tapi lokasi Najia's Pakistani Tawa & Grill ini memang mudah sangat nak cari, jumpa Mercato, Solaris Mont Kiara terus akan nampak kedai ni, berhadapan je dengan dia.
Najia's Pakistani Tawa & Grill menawarkan menu asli daripada Pakistan, tak terikat dengan mana-mana daerah di Pakistan, kiranya Pakistan secara keseluruhan. Menarik kan?
Sally paling suka dia punya interior, memang vibes Pakistan itu ada di keseluruhan restoran, daripada lagu-lagu yang dimainkan sampai la dekorasi dekat dinding yang memaparkan poster-poster daripada filem-filem lama Pakistan, dan yang paling menarik hati ada juga lukisan mural tokoh-tokoh yang terkenal dalam pembangunan, politik, sukan, hiburan dan lain-lain lagi.
Sally datang dengan lagi 3 orang kawan, jadinya memang order menu yang berbeza supaya dapat kongsi rasa. Untuk air kami pilih Sweet Lassee, Watermelon Juice, Mint Lemonade & Mango Lassee. Overall mmg sedap gila air, especially air Sally la kan yang Mint Lemonade tu. Lepas makan menu yang berat-berat, minum air tu terus ada ruang nak makan lagi...HAHAHA
Dari Kiri: Sweet Lassee, Watermelon Juice, Mint Lemonade & Mango Lassee.
Mutton Biryani
Disebabkan kami nak kongsi, jadinya kami order menu yang berbeza...Sally macam biasa terus tengok bahagian Biryani, sebab nak tau apa bezanya Biryani Melayu dengan Pakistan. Sally order Mutton Biryani, serius macam nak nangis ok makan sebab nasi dia makan macam tu sahaja pun dah sedap sangat. Mutton dia pun tak kedekut, sampai tahap kena korek nak cari nasi.
By the way, portion dekat sini memang mostly untuk kongsi sebab portion agak besar yang boleh makan 2-3 orang setiap jenis, jadi jangan order tak ingat dunia ok?
Bhindi Masala
Prawn Masala
Ini lagi dua menu yang paling Sally suka, Bhindi Masala dengan Prawn Masala. Dapat Lahori Paratha atau Puri Paratha, memang paling win! Bhindi tu Bendi, cara dia masak tu walaupun lembut tak berlendir, sedap gila. One of Sally punya favorite masa datang makan tu.
Sally memang peminat segala jenis roti, kawan-kawan pula sorang order Lahori Paratha, sorang order Puri Paratha yang sorang lagi order Garlic Butter Naan, yang paling gembira mestilah Sally yang boleh join makan!
Roti-roti dia dekat sini semuanya sebesar talam okay, jadi Sally sarankan untuk berkongsi supaya tak membazir. Kalau tak cukup kita order la lagi kan?
Secara peribadi, Sally memang akan kembali untuk cuba menu-menu yang lain. Selain daripada layanan daripada staf dia yang memang tip top, makanan dia pun semua kena dengan tekak Sally. Why not kan kita cuba makanan yang lain daripada yang biasa kita makan, kan?
NAJIA'S PAKISTANI TAWA & GRILL
6, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am to 10pm), Isnin Tutup
Telefon: 03-62061236
Menu dan Delivery/ Pickup: najiaspakistanitawaandgrill.beepit.co/
Facebook: Najia's Tawa and Grill
Instagram: @najiaspakistan
6, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am to 10pm), Isnin Tutup
Telefon: 03-62061236
Menu dan Delivery/ Pickup: najiaspakistanitawaandgrill.beepit.co/
Facebook: Najia's Tawa and Grill
Instagram: @najiaspakistan
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!