Super Saigon Ampang | Mengidam Makan Pho, Terus Terjah!

Rindunya nak makan pho~ 🍜

Sally sebenarnya rindu sangat nak travel ke Vietnam...Sejak daripada pandemik Covid-19 melanda, jadi macam lost sekejap bila tak dapat nak ke luar negara. Bila border dah buka balik pun, masih lagi banyak prosedur kena ikut, jadi macam renyah, jadinya kita letak tepi dulu la keinginan nak travel ke luar negara.

Tapi kalau rindu makanan-makanan daripada luar negara, tak susah pun, kita pergi sahaja ke mana-mana restoran yang menyajikan menu istimewa daripada negara tersebut, dan dalam kes Sally, Sally nak makan pho jadinya kita terjah Super Saigon!



Sally mcm baru sedar sebenarnya yang ada cawangan Super Saigon dekat dekat kawasan Ampang! Serius dekat gila dgn rumah Sally, bila dah dapat dtg kedai, seharusnya kita order semuaaaaa benda yg buat craving! Btw, mereka ni Muslim-Friendly tau, kalau nak rasa Vietnamese Melbourne Style Pho, sini la tempat dia 😍



Sally order;
🧀 Cheese Meleleh Spring Rolls (Wajib cuba sbb yg ni ada limited time je tau!)
🍳 Egg Fried Rice with XXL Crispy Chicken Chop
🍜 Special Beef Combination (Ada semua; kepingan daging lembu yang dihiris, brisket, tendon, perut dan bebola daging)
🍤 Tiger Prawns & Veggies Fresh Rice Paper Rolls
☕ Vietnamese Milk Coffee
🍹 Passion Fruit Asam Boi
🍮 Flan - Creme Caramel
🍮 Flan - Lotus Biscoff

Puas hati betul makan, Sally memang dah la lama gila craving nak makan pho since lepas puasa lagi, nak buat sendiri macam malas, bila dapat makan dekat Super Saigon, terus gembira sampai kalau ikut hati Sally nak order Banh Mi dgn Bun Cha dia lagi, tapi yang sedia ada ini pun tak terhabis 😜😜

Utk yg suka cheese tu, order la Cheese Meleleh Spring Rolls, masa tgh panas-panas tu, perghhhh boleh main tarik-tarik keju dia, melting habis!! Menu Cheese Meleleh Spring Rolls ini cuma available untuk masa yang terhad tau, jadi kalau korang singgah ke Super Saigon, pastikan order!



Menu Egg Fried Rice with XXL Crispy Chicken Chop pula portion dia memang besar, Sally rasa kalau kongsi berdua atau bertiga pun memang sesuai sangat. Tak mampu kalau nak habiskan seorang. Ayam Crispy dia tu memang besar ok, bukan hanya tebal dengan tepung tapi memang isi ayam itu sendiri dah tebal!



Untuk minuman pula Sally order Vietnamese Milk Coffee. Siapa yang pergi ke Vietnam tapi tak cuba kopi Vietnam, memang la satu kerugian tau, jadi kalau ke Super Saigon mmg wajib ekk order, kalau tak mcm tak complete! 🤩 Kalau nak fresh, atau yang jenis tak suka minuman bersusu, boleh cuba Passion Fruit Asam Boi.



Sebelum balik, makan Flan - Creme Caramel & Flan - Lotus Biscoff. Iyeee, kalau dah namanya pun perempuan, mana pernah kenyang kalau ada pencuci mulut. Jadi macam wajib tau. Suka teksur flan yang lembut. Sekejap je ehh dah habis.



By the way, kalau ada yang tak tahu, flan (crême caramel) dan Crème Brulee tak sama tau, in terms of bahan yang digunakan mungkin nampak sama, tapi nisbah nak buat Crème Brulee dgn flan lain. Sally cerita ni sebab ramai yang tegur cakap flan tu sama dengan Crème Brulee. Flan biasanya lembut, tapi Crème Brulee agak kental sedikit.

Ok, dah ada idea nak g makan dekat mana ke tuuu? Kalau nak ajak Sally, PM tepi ekk. HAHAHA

SUPER SAIGON (AMPANG)
34, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur
Instagram: www.instagram.com/super.saigon

Post a Comment

2 Comments

  1. Nanti nak pergi la.. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Bila la boleh merasa..entah bila nak berjalan2 belah kl tu 🥹

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!