Lebih Moden dan Mewah, Tranformasi Dari Kiosk ke Butik Siti Khadijah di AEON Mall Shah Alam.

Tranformasi Dari Kiosk ke Butik Siti Khadijah di AEON Mall Shah Alam | Berbicara tentang Siti Khadijah, majoriti rakyat Malaysia sendiri sememangnya tidak asing lagi dengan nama mereka sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 dengan mempunyai 39 butik di seluruh negara serta di Indonesia.

Bagi terus memastikan pelanggan merasai pengalaman membeli belah yang selesa, Butik Siti Khadijah (dahulunya hanya sebuah ruang jualan dengan variasi produk yang terhad) di Pusat Membeli Belah AEON Shah Alam dipilih sebagai perintis kepada konsep rekaan dalaman berwajah baru dengan ruang jualan yang lebih luas, selesa dan rekaan dalamannya yang berkonsepkan moden serta mewah.



Rekaan dinding yang berkeluk di samping sentuhan warna neutral, dan kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold juga sudah pastinya membangkitkan atmosfera tenang ketika membeli belah.

Istimewanya kerana, butik ini yang dibuka pada tahun 2017 adalah butik pertama SK yang dibuka di pusat membeli belah AEON di Malaysia.



Berlangsung di Butik Siti Khadijah di AEON Mall Shah Alam, majlis pembukaan dan perasmian butik baharu telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin (Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd) dan Puan Munirah Azmi (Pengarah Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sewaan, AEON Co ( M ) Bhd ).





Secara peribadi, transformasi daripada kiosk ke butik Siti Khadijah sememangnya satu langkah yang baik daripada pihak Siti Khadijah. Ada sesetengah pelanggan sebenarnya lebih suka untuk melihat dan merasai sendiri material sesuatu produk sebelum di beli. Telekung yang sesuai juga memberikan lebih keyakinan dan keselesaan semasa menjalankan ibadah.



Selain daripada telekung, Siti Khadijah juga sebenarnya mempunyai pelbagai jenis produk lain yang mungkin jarang kita dengar antaranya sejadah, set penjagaan muka, pelitup muka, pewangi kereta, kasut, sarung tangan, pakaian Ready-To-Wear (RTW) untuk wanita dan lelaki, dan juga semestinya label tudung popular mereka iaitu Hegira.

Hegira juga bakal akan melancarkan butik pertamanya di Pusat Membeli Belah AEON Kota Bharu pada 1 Julai 2022.





SK juga akan mengembangkan perniagaan melalui pembukaan butik baharu lain yang lebih menarik dan segar bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia dengan menyediakan berkhidmatan dan produk yang terbaik.

Sempena pembukaan butik SK juga berbesar hati mengumumkan pembukaan lagi dua buah butik baharu lagi di Kulim, Kedah pada 1 Julai 2022 dan di Ampang Point, Selangor pada 15 Julai 2022.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!