Lagu Mudahnya Berzakat Omar & Hana | Sebagai umat Islam, Rukun Islam keempat iaitu mengeluarkan/membayar zakat sudah agak sinonim. Namun seringkali kita rasa mereka yang perlu membayar zakat hanyalah orang dewasa, tapi sedar tak sedar, kanak-kanak yang sudah cukup cukup haul dan nisab juga perlu mengeluarkan zakat. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa.
Atas inisiatif itu, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama pihak Digital Durian telah melancarkan lagu baru bagi rancangan kanak-kanak, Omar & Hana bertajuk Mudahnya Berzakat.
Umum tahu lagu-lagu Omar & Hana banyak berkisahkan tentang Islam, kisah-kisah tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan sebagainya dan PPZ-MAIWP serta Digital Durian menghasilkan lagu & video khas "Mudahnya Berzakat" untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak serta ibu bapa mengenai kewajipan menunaikan zakat.
Umpama meluntur buluh biarlah dari rebungnya, ibadah zakat seharusnya perlu ditekankan sepertimana ibadah lain seperti solat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan Haji. Melahirkan generasi muda yang celik zakat akan menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan kepada asnaf yang memerlukan.
Semasa majlis pelancaran juga, pertandingan mewarna turut dijalankan bagi menarik kanak-kanak. Selain daripada pertandingan, kaunter bayaran zakat juga dibuka dengan pelbagai hadiah yang menarik. Majlis juga turut diserikan lagi dengan penampilan khas Sharifah Shahirah bersama Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman yang menjalankan aktiviti soal jawab serta perkongsian mengenai zakat.
Jangan risau kalau tak sempat nak pergi sebab pembayaran zakat kini lebih mudah melalui Aplikasi MyZakat. Melalui aplikasi ini, pembayar boleh mengira, bayar dan semak penyata zakat. Aplikasi MyZakat boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple Store.
Johan Petandingan Mewarna yang membawa pulang hamper bernilai RM250
Selain daripada aplikasi, pembayaran zakat di PPZ-MAIWP juga boleh dijalankan melalui saluran-saluran berikut:
Perkhidmatan dan Saluran Bayaran PPZ-MAIWP
➤ 10 Kaunter PPZ-MAIWP
▪️ Isnin - Jumaat: 8.15 pagi - 4.45 petang
▪️ Sabtu: 8.15 pagi - 12.45 tengahari (Ditutup pada minggu pertama dan ketiga hari Sabtu dan Ahad).
➤ Skim Potongan Zakat Bulanan
▪️ Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui ptg.zakat.com.my.
▪️ PPZ-MAIWP sedang mengadakan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji. Untuk makluman lanjut mengenai kempen ini layari www.zakat.com.my.
➤ Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
▪️ Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my
➤ Perkhidmatan Door to Door
▪️ Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-885757. Waktu operasi dari 9.00 pagi - 5.00 petang.
➤ Saluran Bayaran Online
Portal Rasmi PPZ-MAIWP
▪️ Zakat Harta - zakat.com.my
▪️ Aplikasi MyZakat - muat turun di Google Play Store atau Apple Store
➤ Ejen Kutipan Zakat
▪️ Perbankan internet (15 bank)
▪️ E-wallet seperti Boost, Shopee, GoPayz
1 Comments
bagus initiative macam ni, i also like the song
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!