"Mencari yang Halal itu adalah Fardhu ( Wajib ) bagi setiap umat Islam"
Sejak dr kecil kita selalu disarankan cari makanan yg bersih, makanan yang halal dan baik utk dimakan. Sempena dgn kempen “Jadikan Halal Pilihan Utama Anda”, Sally nak ajak korang sama-sama cari dan gunakan produk PMKS kita yg sedia telah mendapat pensijilan HALAL drpd JAKIM Malaysia.
Seramai hampir 500 usahawan halal dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen “Jadikan Halal Pilihan Utama Anda” anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebagai salah satu program di bawah Inisiatif Bajet 2022.
Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia.
Kempen yang merupakan hasil kerjasama proaktif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agensinya, Halal Development Corporation (HDC) dan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ini, bermatlamat melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi, dengan menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022.
Kempen ini terbahagi kepada dua kategori;
1️⃣ Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS (Tempoh dari April - Julai 2022)
Dijalankan dengan kerjasama LuLu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd.
2️⃣ Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS (Tempoh dari Jun - Julai 2022)
Kerjasama dengan foodpanda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik.
Sepanjang kempen ini berlangsung, pelbagai promosi dan harga menarik ditawarkan yang bermatlamat meningkatkan capaian dan prestasi jualan, serta mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara, ke arah meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk halal tempatan.
HDC menetapkan sasaran yang tinggi bagi menarik dan menyepadukan sekurang-kurangnya 50,000 PMKS ke dalam industri Halal Malaysia menjelang 2030.
Peningkatan daripada permintaan global, meningkatkan lagi aliran dagangan Halal antarabangsa dan Malaysia adalah berikutan daripada peralihan ke Fasa Endemik dan juga pembukaan sempadan antarabangsa yang bermula 1 April yang lalu.
Kita perlu memilih produk Halal bukan hanya kerana ianya perintah Allah SWT, namun semua produk yg dah mendapat pensijilan halal ini mmg diyakini bersih dan semestinya selamat utk semua orang. Jangan lupa untuk sokong produk PMKS Malaysia yang berstatus halal di pasaraya LuLu Hypermarket dan Lotus's Malaysia, serta secara atas talian di foodpanda.
“Jadikan Halal Pilihan Utama Anda”
4 Comments
Mudah cari yang halal bila ada kempen macam ni. Sambil bantu PMKS
ReplyDeleteSenang nak cari produk halal kan..btw sini lotus tak ada lagi cawangannya..bila la nak ada..
ReplyDeleteI agree! bagus kalau ada banyak choices of halal products in the market
ReplyDeleteYes, betul tuh. Carilah yang halal, confirm selamat dunia akhirat.. Bagus ada kempen camni...
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!