Resipi Fettucine Berkuah

Resipi Rumah Terbuka | Dah nak separuh bulan Syawal, ada lagi ke orang rindu nak makan rendang, kuah lodeh dan sebagainya? Macam mana kalau tiba-tiba ramai orang datang, mana sempat nak masak yang susah. Nak beli, rasa tak tergamak pula kan?

Haaa, jangan risau...Kalau korang ada pasta, boleh la cuba resipi yang Sally kongsikan. Selain Fettucine, boleh juga gunakan Spaghetti atau Angel Hair, ikut kepada selera korang. Untuk rencah pula, tak terhad kepada makanan laut, ikut la apa yang ada dalam peti sejuk, boleh je guna.



Resipi Fettucine Berkuah


Bahan-bahan
200g Fettucine - rebus

Bahan cincang/kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- ½ inci halia

3 sdb Cili kisar
200g ayam atau daging cincang
Udang, Sotong, Fishcake (Tambahan jika suka)
1 kiub pati ayam
¼ cawan kicap manis
½ cawan sos cili Kimball
1 sdb sos tiram Kimball
3 biji telur
Sayur-sayuran seperti Lobak Merah, Sawi, Kobis

Langkah-langkah penyediaan:
1. Rebuskan fettucine, bila dah lembut toskan dan ketepikan. Simpan air rebusan tadi.
2. Kisar/cincang halus bawang besar, bawang putih dan halia
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, kemudian masukkan cili kisar
4. Bila dah garing, masukkan daging ayam cincang, biarkan seketika kemudian masukkan sos tiram Kimball, kicap manis, sos cili Kimball dan kiub pati ayam
5. Masukkan 4 cawan air rebusan pasta, masukkan fettucine, Udang/Sotong/Fishcake (Tambahan jika suka) dan perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Masukkan telur dan hirisan sayur sawi, lobak merah.
6. Biarkan mereneh sebentar dan siap untuk dihidangkan. Boleh juga dihidangkan bersama cili kicap/cili jeruk


Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya Fettucine ! Tambah sedap dengan Kimball kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!