“A World Of Flavours” - Raikan World Nutrition Day dengan Kebaikkan Kentang A.S.

Menginjak ke tanggal 28 Mei setiap tahun, seluruh dunia akan meraikan Hari Pemakanan Sedunia. Tahun ini, bertemakan “A World Of Flavours”, sekali lagi USA Potatoes telah mengadakan sebuah pertandingan, menggunakan kentang A.S. sebagai ramuan utama di TCH Foodworks Culinary Workspace, Petaling Jaya.

Sally macam biasa la, bila berkait dengan memasak dan makanan, memang selalu teruja. Untuk kali ini Sally satu kumpulan dengan blogger Amir Nawawi untuk memasak. Memang teruja tengok kepelbagaian yang kita boleh buat daripada sebiji kentang!



Sally dengan Amir mempertaruhkan menu U.S Stuffed Baked Potatoes, walaupun tak menang tapi tengok resipi kumpulan lain buat pelbagai jenis resipi menggunakan kentang, teruja dia lain macam tau. Korang tau tak yang Kentang A.S. ada pelbagai jenis?

Yang biasa kita tengok dekat pasaraya ialah kentang Russets, tapi sebenarnya ada pelbagai jenis lagi antaranya Fingerlings, Rounds Reds, Round Whites, Yellow Flesh, Long Whites dan Blue and Purple. Walaupun ada banyak jenis namun khasiatnya juga bukan biasa-biasa tau.



Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga turut sama berkongsi petua tentang manfaat Kentang A.S. bagi mereka yang gemar menjalani kehidupan aktif dan cergas. Katanya, “Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan kerana Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.”

“Kentang mengandungi 3 gram protein pada setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium pula ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan 15% daripada keperluan kalium harian badan kita, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang bersaiz sederhana,
” jelas Tania.



Menurut Perunding Diet Indra Balaratnam, sebiji kentang A.S bersaiz sederhana membekalkan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, tidak mengandungi kolesterol, garam dan lemak. Kentang A.S merupakan salah satu daripada sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan menu yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.

Sebiji kentang A.S. bersaiz sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, juga protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan. Kentang kaya dengan nutrien dan menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding sayuran lain.

Perunding Diet Indra Balaratnam turut berkongsi empat resipi yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan kentang A.S. – Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Sally secara peribadi memang suka betul dengan Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. tu, Sally tambah sampai dua kali sebab ralit tau makan, cukup rasa manis pedas dia. Jadi Sally akan kongsikan resipi untuk korang cuba sendiri di rumah. Percayalah, resipi ini memang sangat sedap!



Resipi: Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S.
Resipi oleh: Indra Balaratnam, Perunding Diet
Masa Penyediaan: 25 minit
Masa Memasak: 10 minit
Masa Sedia: 35 minit
Jenis Kentang: Kentang Russet A.S.
Hidangan: 3
Kaedah Persediaan: Pan-fry, Salad
Hidangan: Salad, Ulam, Pembuka Selera

Bahan-bahan:
1 Kentang Russet A.S. sederhana – dikupas dan dipotong menjadi kiub nipis
1 biji epal hijau – dipotong menjadi jalur nipis seperti batang mancis
40 gram hirisan bawang merah
80 gram (1/2 cawan) tomato ceri - dibelah empat
80 gram (1/2 cawan) timun Jepun - dipotong dadu
20 gram (1/4 cawan) ikan bilis
1 Sudu Besar Minyak Canola/Minyak Jagung
¼ cawan daun ketumbar dihiris & hirisan cili merah untuk hiasan

Bahan-bahan untuk ditumbuk bersama untuk sos kerabu:
1 ulas bawang putih
2 cili padi (sesuaikan dengan tahap kepedasan anda)
2 sudu teh gula aren
1 Sudu Besar Sos Ikan Thai
2 Sudu besar jus kalamansi yang baru diperah

Penyediaan:
1. Panaskan 1 Sudu Besar minyak Canola dalam kuali dan goreng sedikit kentang US Russet sehingga masak. Keluarkan dari kuali ke tuala kertas dan ketepikan
2. Menggunakan kuali yang sama, bakar ikan bilis hingga garing. Mengetepikan
3. Tumbuk semua bahan untuk salad dressing bersama menggunakan alu dan lesung. Mengetepikan
4. Gaul perlahan-lahan kentang US Russet yang telah dimasak, epal hijau dan ikan bilis bersama sos yang telah disediakan dan taburkan daun ketumbar cincang dan hidangkan segera.

Maklumat Pemakanan (setiap hidangan):
Kalori: 177
Protein: 5g
Lemak: 5g (26% lemak daripada jumlah kalori)
Karbohidrat: 29g
Serat: 4g
Natrium: 497.5mg



Sally memang gembira betul, sepanjang hari tak habis fikir rupanya ada banyak resipi serta kebaikkan kentang. Mana taknya selalu rasa kentang ini hanya penghias dalam kari mahupun sup sahaja, walhal sebenarnya banyak menu kita boleh buat dengan kentang. Para blogger yang terlibat pun kongsikan pelbagai jenis resipi dan rata-ratanya menjadikan kentang sebagai "hero" bukan hanya sekadar penghias dalam masakan. Antara menu yang menjadi taruhan:

1. Racheal + KitKat Nel
Gut-Friendly Miso U.S. Potato Salad

2. Miera Nadhirah + Faiz Rahim
Loaded Mashed US Potato

3. Rane + Jessie
Local meet Western - Kerabu US Potato

4. Ivy + Charmaine
US Potatoes Golden Ball

5. Dikbee + Bella
U.S. Potatoes Prosperity Wrap

6. Kelly + Wilson
U.S. Potatoes Satay

7. Wuikathy + Christy
U.S. Potato Poke Bowl

8. Min + Reef
Rendang Hijau US Potato

9. Sally + Amir
U.S Stuffed Baked Potatoes

10. MoKA + Mawardi
Potato Waffle & Potato Smoothie

Tahniah kepada para pemenang, resipi mereka semua memang lain daripada yang lain, jadi tak pelik la kalau mereka menjadi pemenang. Untuk maklumat lanjut dan lebih banyak resipi menarik menggunakan kentang, kunjungi laman sesawang di www.uspotatogoodness.com.my atau Facebook My Potatoes USA

Post a Comment

0 Comments