Mereka yang kenal Sally secara peribadi memang tau sangat yang Sally suka pakai tudung bawal, cuma sekarang jadi bawal instant sebab makin malas nak pastikan awning terletak elok. Bila tahu ada kolaborasi Bidadarihouse x Wany Hasrita yang membawakan Tudung Bawal Cotton Turki Bercorak dengan bidang yang besar iaitu bidang 50 dan bidang 55, Sally rasa Sally la yang paling teruja.
Sebagai seorang yang berbadan gempal (plus size), Sally memang lebih selesa menggayakan tudung dengan bidang yang lebar, kebiasaannya pun memang semua tudung Sally bidangnya 55 jadinya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, koleksi Turkey Printed Bidadarihouse x Wany Hasrita ini memang macam meminta untuk dibeli!
Untuk koleksi printed kali ini, akan ada 5 corak yang berlainan, dan setiap satu corak akan ada 6 warna yang berbeza. Semua 5 corak didatangkan dengan pilihan bidang 50 atau bidang 55. Kalau nak koleksi tudung cotton plain pun ada, ada 30 warna kesemuanya!
Antara koleksi Tudung Cotton Turki Bercorak Bidadarihouse x Wany Hasrita:
1. Bursa Blossom
2. Enes Luxs
3. Istanbul Spring
4. Izmir Vintage
5. Marmaris Bold
Tudung Cotton Turki Bercorak Bidadarihouse x Wany Hasrita telah mula dilancarkan semalam iaitu 7 April 2022, just nice sebelum Raya jadi masih sempat la nak beli kan. Harga sehelai tudung bermula daripada RM89 tapi jangan risau sebab korang boleh dapatkan diskaun RM10 tebus daripada link ini https://www.bdr.house/BHRM10Raya
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harganya begitu, tapi kalau korang rasa sendiri kain kapas istimewa daripada Turki dan dibawa terus dari sana korang akan rasai sendiri kelembutan dan juga yang penting sebab awning on point! Sesuai sangat nak pakai dalam cuaca Malaysia yang agak sedikit panas ni. Selesa sepanjang hari walaupun puas beraya!
Setiap satu koleksi memang membawa tema dan juga corak yang berbeza, pendek kata sesuai untuk semua peringkat umur. Kebanyakkan coraknya membawakan motif buang-bungan dan corak abstrak yang sangat sinonim dengan kaum wanita khususnya.
Secara peribadi, koleksi Enes Luxs memang menarik perhatian Sally. Warnanya yang lembut dan corak yang tidak terlalu sarat memang menjadi pilihan Sally bila membeli tudung atau shawl. Kebetulan kebanyakkan baju untuk Raya Sally beli yang jenis plain, jadinya bila gandingkan dengan tudung cotton Turki yang bercorak jadi sesuai la kan?
Kalau korang berminat nak dapatkan Tudung Cotton Turki Bercorak Bidadarihouse x Wany Hasrita, boleh layari laman sesawang www.bidadarihouse.com atau terus je ke butik Bidadarihouse di alamat 58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
8 Comments
Lepas ni raya Ala Wany Hasrita lah kannn tak kenal dah kita ni hehehe... Cantik design baharu ni...
ReplyDeleteKita sukaaaa cotton printed gini weii
ReplyDeleteSemua cantikkk, rambang mata nak pilih yang mana ni, tapi Sis suka yang Istanbul tu haaa, lawaaa.. nak beli selai nanti..
ReplyDeleteMemang cantik semua pilihan tudung Wany Hasrita nie kan Sally, ada rezeki plan nak beli juga nanti nie..
ReplyDeleteCANTIK DESIGN DIA...Tahniah Bidadari House dan Wany Hasrita Untuk koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.
ReplyDeleteKain dia memang betul² berkualiti tinggi, sebab tu harganya macam tu..dah la mudah gosok, senang bentuk pulak tu!
ReplyDeleteTerletak je tgok wany pakai, ayu pulak tu..terus teringin nak rembat satu
ReplyDeletenak gak cantik macam Wany pagi raya nanti... kena grab cecepat ni
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!