Hanis Zalikha Duta Rasmi Innersejuk.

Hanis Zalikha Duta Rasmi Innersejuk | Mereka yang bergelar blogger memang dah kenal lama dengan susuk figura bernama Hanis Zalikha, daripada bergelar seorang blogger sehingga la akhirnya dah menjadi seorang usahawan wanita terkenal di Malaysia dan dikenali sebagai Ikon Modest Fashion.

Sally berbesar hati dapat hadir ke sesi sidang media pengumuman Innersejuk secara rasmi melantik Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Jangan terkejut tau sebab Innersejuk bersetuju menawarkan Hanis Zalikha dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta (Ringgit Malaysia 4.2 Juta).



Siapa je yang tak kenal dengan Innersejuk, sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. Innersejuk terkenal dalam menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini.

Selepas melakukan penyelidikan intensif selama beberapa tahun, Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®, sejenis fabrik yang sejuk dan anti-mikrob, yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.



“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk. Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk. Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,” kata Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk.



Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru. Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.

Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa. Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.



“Suqainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,” kata Hanis Zalikha.

Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.

Jujur kata, tanpa rekaan yang terlalu berat, Telekung Suqainah masih lagi nampak ekslusif. Sally berani cakap sebab Sally sendiri dah ada sepasang Telekung Suqainah Signature yang Sally guna untuk kegunaan harian. Sally rasa kalau bawa Telekung Suqainah ketika umrah atau Haji, memang sesuai sebab material dia yang sejuk dan mudah kering. Bahagian muka pun sangat la kemas dan selesa!

Selain telekung, Innersejuk juga ada mengeluarkan face mask, ready to wear, tudung dan sports inner. Untuk maklumat lanjut boleh la ke laman sesawang mereka di www.innersejuk.com

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!