#BufetRamadan2022 : Lugar De La Boda @ Puchong

Diam tak diam dah hampir seminggu kita menjalankan ibadah puasa, bila dah bosan makan di rumah, Sally ajak ibu untuk cari lokasi berbuka puasa yang menarik. Kali ini Sally nak kongsikan bufet di dewan perkahwinan Lugar De La Boda @ Puchong. Bufet Ramadan akan bermula dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022.



Untuk yang macam samar-samar lagi, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Untuk bufet Ramadan pada tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 11 STALL LIVE COOKING, didalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.



Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang' dan banyak lagi.







Seterusnya, terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda wajib cuba iaitu 'Kambing Grill Hanana dengan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuetiau Abang Tanjung', 'Dim Sum Cheng Ho', 'Tepanyaki Tokyo', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain', 'Fried Corner', 'Ais Krim Corner' dan 'Soup Of The Day'.




Kambing Grill Hanana dengan Blackpepper Sauce













Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Bubur Of The Day', 'Buah-Buahan Tempatan', 'Kuih-Muih Melayu', Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.







Lugar De La Boda agak luas, selain daripada kawasannya yang terbuka, susun aturnya juga sangat mengutamakan penjarakan sosial. Bagi Muslimin dan Muslimat yang ingin mendirikan solat Maghrib dan Isyak, surau juga turut disediakan dan tandasnya juga selesa.







Harga Bufet Ramadan Lugar De La Boda, Puchong :
🔔 Dewasa : RM69.00
🔔 Warga Emas : RM35.00 (60 tahun ke atas)
🔔 Kanak-kanak : RM35.00 (6 - 12 tahun)

PERCUMA
(kanak-kanak 5 tahun ke bawah & kepada sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada hari berbuka)

💲SPECIAL PRICE:
1 Meja/8 Pax : RM520.00

Untuk tempahan, sila hubungi :
016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA

Alamat Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

Post a Comment

0 Comments