#BufetRamadan2022 : Semarak Ramadan di Aliyyah Castle, Rawang.

Sebelum ini banyak Sally kongsikan bufet di sekitar Kuala Lumpur, tapi Sally jumpa satu lokasi dekat Rawang, betul-betul berhadapan dengan AEON Rawang, dekat Anggun City iaitu Aliyyah Castle. Lokasi yang Sally kongsikan ini sebenarnya dewan majlis perkahwinan, jadinya korang boleh bayang betapa cantik dekorasi semasa bufet Ramadan nanti kan?





Bufet Ramadan di Aliyyah Castle, Rawang bertemakan Semarak Ramadan. Walaupun Aliyyah Castle baru pertama kali menjalankan bufet Ramadan, tetapi mereka sudah lama berada dalam perniagaan sebagai penyedia katering.

Di Aliyyah Castle juga mereka menyediakan surau/musolla untuk kemudahan pelanggan yang berbuka puasa untuk menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak walaupun ketika berbuka puasa di luar rumah. Ada lebih 50 jenis juadah yang akan disajikan sepanjang bufet berlangsung.





Antara menu wajib cuba di bufet Semarak Ramadan di Aliyyah Castle, Rawang ialah Nasi Arab, Oden, Kambing Golek, nasi putih dengan hampir 15 jenis lauk untuk dicuba, pelbagai jenis kuih muih tradisi. Jangan risau, sebab menu akan sentiasa diubah supaya akan ada kelainan setiap kali pelanggan kembali ke bufet mereka.




Nasi Arab



Lauk Kenduri Kahwin, ini antara keistimewaan yang sentiasa disebut-sebut di setiap majlis perkahwinan yang dianjurkan Aliyyah Castle iaitu Nasi Beriani dengan berlaukkan Ayam Masak Merah, Ayam Buttermilk, Ayam Goreng Berempah, Gulai Kawah dan Daging Masak Hitam.

Menu yang menjadi pilihan Lala Masak Pedas, Sambal Sotong, Udang Sambal Petai dan macam-macam lagi la. Banyak pula menu yang Sally cuba kan.





Untuk pengetahuan korang, Aliyyah Castle sebenarnya mempunyai produk perencah keluarga sendiri iaitu produk perencah mee Murasa, jadi kalau ada menu Mee Rebus, Soto Ayam dan Mee Bandung wajib cuba tau sebab Sally sendiri dah rasa soto dia, memang antara menu yang Sally suka dan boleh ulang makan.

BUTIRAN BUFET RAMADAN:
Lokasi: Aliyyah Castle Wedding & Event
Masa: 6.30 - 10.30pm
Tarikh: 6 April - 1 Mei 2022
Harga: RM75 (Dewasa), RM55 (Kanak-Kanak 7-10 Tahun)
PERCUMA Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun

PROMOSI EARLY BIRD!
RM65 (Dewasa), RM45 (Kanak-Kanak 7-10 Tahun)
Terhad kepada 500 Voucher sahaja, sehingga 31 Mac 2022 - WhatsApp segera!
wasap.my/60193669019/AliyyahCastleBuffet
wasap.my/60122136670/AliyyahCastleBuffet
wasap.my/60136256760/AliyyahCastleBuffet
wasap.my/60192428760/AliyyahCastleBuffet





Ais Kacang/Cendol, Koktel Buah, Sirap Bandung Cincau, Kathira, Detox, Teh Bunga...ini pula antara air yang akan dihidangkan semasa bufet nanti.





Antara kemudahan awam yang ada seperti tempat letak kereta 1000 lot di parkir bawah tanah dengan bayaran parkir hanya RM1 sekali masuk dengan menggunakan Touch n Go. Eskalator juga disediakan sehingga ke tingkat 3 dan bagi mereka yang kurang upaya dan warga emas. Di dalam dewan turut disediakan lif jika ada keperluan menggunakannya. Ruang sudut santai yang ceria berkarpetkan rumput tiruan turut disediakan di Lobi Anggun City.

Sepanjang bufet berlangsung, pelanggan akan dihiburkan oleh SELAKA Music dan juga penampilan khas Abang Dee. Istimewanya di bufet Semarak Ramadan di Aliyyah Castle, akan ada cabutan bertuah tau. Hadiahnya pun istimewa.

Kepada pelanggan korporat, yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa dengan kawasan tertutup, boleh berhubung dengan Aliyyah Castle.



ALIYYAH CASTLE WEDDING & EVENT
ADDRESS: 3, JALAN ANGGUN CITY 1, SUNGAI BAKAU, 48000 RAWANG, SELANGOR
GOOGLE MAPS: https://goo.gl/maps/e7Ahp2iE3dyhsJyy6
FB: https://www.facebook.com/aliyyahcastle
IG: https://www.instagram.com/aliyyahcastle

Post a Comment

0 Comments