#BufetRamadan2022 : Buka Puasa Dalam Taman di I'Dahlia Corner



Siapa kata tiada lokasi berbuka puasa yang berbaloi harganya di pusat bandar? Kalau korang berada di kawasan pusat bandar, lokasinya tidak jauh daripada taman KLCC, korang memang wajib cuba berbuka puasa di sini...Walaupun bukan sebuah restoran yang besar atau setaraf hotel, tapi percayalah, semua makanan dekat sini sangat sedap dan rasa dimasak dengan penuh kasih sayang...fuhhh~



Terkenal dengan keenakkan SUP TULANG MELETOP mereka, Restoran I'Dahlia Corner ini diusahakan oleh Puan Dahliati Binti Aliruddin dan suaminya Muhammad Idham Bin Ismail, jangan tak tahu restoran ini sudah mula bertapak di kawasan Persiaran Stonor ini sejak 7 tahun dahulu secara kecil-kecilan tapi sekarang dah dinaiktaraf supaya pelanggan lebih selesa.

Pertama kali mengadakan bufet Ramadan, Restoran I'Dahlia Corner memilih konsep berbuka puasa dalam taman dan menyajikan hampir 50 juadah berbuka puasa yang pastinya bertemakan masakan tradisi Melayu.


Nasi Lemak Stonor



Nasi Lemak Stonor, panas-panas dibungkus dengan daun pisang, ada pula telur rebus setengah, dipadankan pula dengan Paru Goreng Berempah dan Sambal Sotong Kering...nahhh terlalu sempurna okay!


Nasi Ayam Johor



Sally betul punya teruja sebab nampak menu Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, sampai tak pandang kiri kanan dah makan. Selain daripada itu korang boleh cuba Nasi Lemak Stonor, Sambal Sotong Kering, Paru Berlado, Nasi Ayam Johor, Rendang Minang, Sup Tulang Meletop, Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Tempe, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi. Pendek kata, mesti akan ada lauk pauk yang menjadi pilihan hati.



Bahagian pencuci mulut ada pelbagai jenis kuih muih Melayu, pisang goreng, keledek goreng, pelbagai jenis bubur yang akan di ubah setiap hari dan semestinya ada air sejuk dan jugak minuman panas yang tersedia.



Dah kata SUP TULANG MELETOP menu wajib kan, memang sangat la perlu korang cuba. Sally sebagai peminat daging lembu yang tegar, memang rekomendasi korang cuba, selain daripada porsi yang tidak kedekut, rasa sup tulang mereka memang padu habis! Kalau datang ke sini tapi tak cuba sup tulang mereka, ianya satu kerugian yang maha hebat! HAHAHAHA


Sambal Sotong Kering



Selain daripada masakan yang sedap, di I'Dahlia Corner juga kita akan dihiburkan dengan persembahan khas daripada buskers yang dijemput khas dan kepada mereka yang nak menunaikan solat fardu Maghrib, surau yang selesa juga disediakan. Pendeka kata, memang lokasi yang sangat sesuai, harga pun berbaloi dengan menu yang disajikan.



BUFET RAMADAN I'DAHLIA CORNER
Alamat: No 5, Persiaran Stonor, 50450 Kuala Lumpur.
Tarikh: 5 April 2022 - 29 April 2022
Waktu: 6.30 P.M - 10.00 P.M
Harga:
RM59 (Dewasa) | RM29 (Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah & Warga Emas)
Untuk Tempahan:0123526397 / 0122585162
Facebook: I'Dahlia Corner | Instagram: @idahlia.corner

Post a Comment

0 Comments