#BufetRamadan2022 : Citarasa Selera Geo di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Daripada Kuala Lumpur ke Selangor, kali ini Sally pergi jauh sikit...tak jauh mana pun daripada rumah Sally, mana lagi kalau tak Geo Resort & Hotel, Genting Highlands! Sally secara peribadi memang suka dengan Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, daripada hospitaliti ke makanan ke pemandangan, semuanya memang mengasyikkan.



Untuk tahun 2022, buat pertama kalinya, Geo Resort & Hotel akan mengadakan bufet Ramadan yang akan bermula daripada 4 April sehingga 2 Mei 2022 di Restoran Cabana. Bertemakan “Citarasa Selera Geo”, kita boleh menemui kebanyakkan menu kegemaran tempatan yang diinspirasikan daripada resipi unik chef. Menampilkan lebih daripada 80 hidangan nostalgia gaya kampung, menu-menu yang disajikan akan mengingatkan kita kepada masakan di rumah.



Di bahagian pembuka selera, ada pelbagai jenis kerabu antaranya Kerabu Kampung Bukit Sawit, aneka pilihan salad serta Buah Jeruk Tempatan. Di sini juga akan disediakan pelbagai gerai yang memasak hidangan secara langsung, macam gerai Chef Melvin’s Claypot Tomyum. Sally sampai ulang dua kali tau, dah la pilihan makanan laut dia segar, besar-besar lagi dan semestinya kuah tomyam dia yang sedap tu.





Gerai lain yang perlu cuba antaranya gerai mi, Gerai Warisan Chef Zack dan gerai Chef Fabil Nasi Kandar dan tidak ketinggalan semestinya Kambing Golek Bakar. Hidangan utama pula, korang wajib cuba Kari Ikan Bawal Madras, Kupang Goreng Asam Masam Manis, Rusa Masak Kuzi Selatan dan banyak lagi.





Dah kenyang makan menu utama, jangan berhenti dulu sebab ada pelbagai jenis menu pencuci mulut seperti Ais Kacang, aneka Kuih-Muih Melayu, Bubur Pulut Hitam, Cendol dan banyak lagi. Pendek kata takkan rugi kalau berbuka puasa di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands!







BUTIRAN BUFET RAMADAN GEO RESORT & HOTEL, GENTING HIGHLANDS

Tarikh: 4 April hingga 2 Mei 2022
Masa: 7pm - 11pm
Lokasi: Restoran Cabana, Geo Resort & Hotel
Harga:
👉 RM138 - Dewasa
👉 RM69 - Kanak-Kanak berumur bawah 12 tahun
👉 RM75 - Warga Emas berumur 65 tahun ke atas

💥 PROMOSI EARLY BIRD! Sehingga 31 Mac 2022
👉 RM98 - Dewasa


Kepada semua umat Islam, Restoran Cabana telah mendapat pensijilan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi jangan ragu-ragu untuk berbuka puasa disini tau. Kepada mereka yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa secara berkumpulan atau acara korporat, boleh menghubungi terus pihak Geo Resort & Hotel. Para tetamu digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Untuk tempahan bufet Ramadan atau maklumat lanjut, sila hubungi atau WhatsApp di +6019-236 7838 / email ke reservation@georesort.my atau layari laman web di https://www.georesort.my/citarasaselerageo/

GEO Resort & Hotel, Genting Highlands
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.
Website: www.georesort.my
Facebook: www.facebook.com/georesortmy
Instagram: www.instagram.com/georesortmy

Post a Comment

0 Comments