Jom Ikuti Live Session Datuk Wira Dr Azizan Osman Sepanjang Februari 2022.

Sebut sahaja tentang RichWorks, terus sahaja kita akan peka kejayaan pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan di Malaysia. Sejak tahun 2008, RichWorks, sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan berjaya menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar secara langsung dan dalam talian (virtual online).



RichWorks turut menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (RICHWELL) ditubuhkan pada 29hb Jun 2012 dan berdaftar dibawah Akta Pertubuhan 1966. Yang terbaru ialah sumbangan kilat berjumlah RM500,000 daripada usahawan dibawah RichWorks dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember yang lepas.

Ini apa yang pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman sentiasa inginkan.Walaupun karier hidupnya bermula secara sederhana dan namun kini beliau diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.



Kita dapat mengharungi 2021 yang mencabar, namun 2022 menyaksikan cabaran yang lain terutamanya dengan kenaikan harga barangan yang tak masuk akal, walaupun gaji masih di takuk yang sama. Bukan sahaja ini masalah kepada mereka yang makan gaji, namun mereka yang mempunyai perniagaan sendiri juga turut mendapat tempiasnya!



Jadi, suka Sally nak seru korang untuk sama-sama dengarkan perkongsian Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsi perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!

Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Sally secara jujurnya memang terasa bahang kenaikkan barang sebab Sally sendiri seorang peniaga makanan walaupun secara kecil-kecilan. Jadinya Sally takkan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian Live Session Datuk Wira Dr Azizan Osman sepanjang Februari ini. Semoga dengan perkongsian ini Sally akan dapat menaikkan semangat dan berusaha lebih, bukan secara melulu tetapi dengan ilmu!

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official

Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!