Kelly Azman Melahar Di Mic On! Musim Kedua #MicOn2 #SuaRNet

Korang tengok Mic On! 2 tak? Sally sejak ada channel Awesome TV memang melekat dekat channel ni...masa musim pertama Sally tak berapa follow Mic On!, tapi bila masuk musim kedua, sebagai anak yang baik Sally ikut je apa yang ibu nak tengok!

Mic On! 2 kini dah masuk ke minggu keempat, dan bezanya kali ini ada penampilan khas Kelly Azman sebagai juri mewakili "Suara Netizen", juri profesional dah ada, juri wakil netizen pun mesti kena ada...Kelly pun awassss ya!



Sambil Kelly jadi juri, Sally usha hashtag #MicOn2 dekat Twitter...hahahaha...Kelly Azman pun kena lahar dek netizen...aduhaiiii sabar jela...Netizen kalau di bagi peluang memang kerjanya melahar je 24 jam~ Siap ada yang bandingkan Kelly Azman dengan Dato Vida dan Diva AA!









Kepada korang yang tak tau, Mic On! 2 merupakan sebuah program realiti yang mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia nyanyian. Konsepnya berbeza kerana ada eleman komedi dengan kehadiran 3 orang pelawak Ropie, Fad Bocey dan Ajak yang menggantikan Shuk Sahar di musim pertama.

Program ini juga menghadirkan 3 orang juri profesional; Mas Idayu, Dato Hattan dan juga Dato Awie. Jangan lupa tonton Mic On! Musim-2, setiap Jumaat, jam 9:00 malam di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Jika terlepas, boleh tonton siaran ulangan setiap hari Sabtu pukul 2:00 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman media sosial Awesome untuk update & content terkini:
Instagram: @awesometvmalaysia
Facebook: Awesome TV

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak pernah tengok lagi Mic On 2 ni. Lately meriah program realiti TV kan. Tak tahu nak tengok mana satu.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!