Bangkok Kini Dikenali Sebagai Krung Thep Maha Nakhon.

Dua tiga hari ini memang asyik nampak sahaja update di media sosial berkaitan nama rasmi baru Bangkok yang kini dikenali sebagai Krung Thep Maha Nakhon. Perkara ini telah diumumkan oleh Pejabat Diraja Thailand (ORST) yang memaklumkan nama ibu negara Thailand, Bangkok telah ditukar menjadi Krung Thep Maha Nakhon. Bagaimanapun, nama Bangkok masih boleh digunakan, lapor agensi berita Bangkok Post.

Draf pengumuman ORST turut menyatakan bahawa Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu negara Kerajaan Thailand. Nama Krung Thep Maha Nakhon, dikatakan hanya akan digunakan sebagai nama dalam urusan rasmi di bandar tersebut itu dan nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.



Ini dikuatkan lagi daripada posting di Facebook ORST, turut dinyatakan kedua-dua nama itu - Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, boleh digunakan. Ini kerana perubahan itu mengundang kritikan awam yang agak tidak selesa untuk bertukar secara tiba-tiba.

Nama Bangkok sebenarnya telah digunakan secara rasmi sejak November 2001 kerana pelancong daripada luar lebih gemar menggunakannya. Ianya diambil daripada kawasan lama Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah metropolitan raya ibu negara Thailand, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.

Jadi selepas ini dah boleh biasakan diri sebut, "Sawadeekap, Selamat Datang ke Krung Thep Maha Nakhon!"

Post a Comment

0 Comments