Produk Daging Salai Cik Lyn Halal, Istimewa Disalai Dengan Tempurung Kelapa.

Bercakap pasal daging pun dah boleh buat Sally tersenyum, apatah lagi kalau daging salai. Baru-baru ini Sally sempat ke Majlis Perasmian Produk Salai Cik Lyn (mozlyn.com) di Hotel Impiana KLCC. Mungkin ada yang terfikir, daging salai je, kenapa nak kena buat majlis perasmian kan? Haaa! Baca sampai habis supaya korang akan kenal dengan produk salai keluaran Cik Lyn ni.



Siapa dia tu Cik Lyn?


Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew atau lebih mesra disapa Cik Lyn merupakan pengasas kepada PRODUK DAGING SALAI CIK LYN (DSCL); seorang usahawanita yang gigih dalam bidang perniagaan. Mempunyai Ijazah dalam Seni Reka Dalaman & Luaran tidak mematahkan semangat beliau untuk memulakan perniagaan.

Puan Lynda Chew juga sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan, koperasi dan persatuan. Sebelum ini beliau juga berjaya membuka sebuah spa dan juga bengkel besi dan kimpalan. Dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2021 dan sekarang beliau sudah berjaya menubuhkan operasi "smokedhouse" (rumah salai) di Besut, Terengganu. Beliau juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Outstanding Women Award.

Sebelum penubuhan kilang Cik Lyn Smoked Mansion, mereka hanyalah merupakan "smokedhouse" (rumah salai) yang kecil tapi kini syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion sudah mampu menambahkan kapasiti pengeluaran mereka dan seterusnya menggapai visi dan misi syarikat.

PRODUK DAGING SALAI CIK LYN (DSCL)

Istimewanya DSCL kerana ianya diusahakan oleh seorang Muslim dan memberikan pilihan kepada umat Islam untuk mendapatkan produk salai seperti daging dan itik yang sering didominasi oleh mereka yang bukan Islam.

Selain daripada ianya boleh didapati dalam tiga perisa; Moist, Lada Hitam & Spicy. DSCL menggunakan daging lembu premium yang bermutu tinggi (5% lemak sahaja) dan mempunyai tekstur rasa yang istimewa. Untuk itik pula, mereka menggunakan itik organik yang sihat dan berkualiti, diyakini tidak liat dan tidak berbau hanyir. Kesemua daging disalai selama 4-5 jam.



DSCL menggabungkan rempah tradisional dan barat, sehingga dapat menghasilkan rasa yang unik. DSCL masih kekal menggunakan Dapur Rekaan Khas bagi mengekalkan pengasapan serta disalai menggunakan 100% tempurung kelapa bagi menghasilkan aroma yang menyelerakan.

DSCL terdapat dalam 4 jenis pembungkusan yang utama iaitu 500gm, 300gm & 200gm (untuk pasaraya) dan 150gm (untuk stesten minyak). Kaedah pengurusan yang cekap dan efektif telah membolehkan perniagaan dapat berkembang dengan baik.

Jangan tak tahu, DSCL bukan hanya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, ianya juga turut dipasarkan di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Mereka juga dalam rundingan dengan beberapa negara luar seperti Qatar, Morocco, Singapura dan Brunei untuk memasarkan produk DSCL.



Produk DSCL boleh didapati di lokasi berikut:
1. Pasaraya Merhaba
2. Pasaraya Ikhwan
3. Jaya Grocer
4. Rosyam Mart
5. Shell Seremban
6. Shell Karak Highway (arah Kuantan) Bentong
7. Shell Karak arah KL (Bentong)
8. Petronas Klang (Taman Rishna)



Ketika Majlis Perasmian yang turut dihadiri oleh Tan Sri Hj. Noh Bin Omar dan isteri, Sally sempat mencuba pelbagai jenis menu yang menggunakan daging salai seperti sushi daging salai, kerabu lawa daging salai (kerabu bersantan daripada negeri Kelantan dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang turut didemokan oleh chef jemputan, Dato Chef Ismail.





Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh hubungi DSCL ditalian 011-13224563 atau untuk membuat tempahan boleh juga hubungi mereka secara WhatsApp/DagingSalaiCikLyn

Laman sesawang: www.mozlyn.com
Facebook: www.facebook.com/dagingsalaiciklyn
Instagram: www.instagram.com/dagingsalai.ciklyn/



Post a Comment

5 Comments

  1. Wahh menarik. Nanti nak cari do Rosyam Mart la

    ReplyDelete
  2. Memang terliur lama dah tgk product daging salai cik lyn ni

    ReplyDelete
  3. menarikk...nanti nak cuba cari laa

    ReplyDelete
  4. Wahhhh.. sedapnyaaaa daging salai.. teringin tahu spa rasanya tu

    ReplyDelete
  5. Menariknya salai guna tempurung kelapa. Nampak sedap pulak tgk.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!