Jelajah mencari makanan di Melaka - Edisi 2022

Jelajah mencari makanan di Melaka | Jujur kata la ya, Sally kalau ke Melaka, memang tak buat benda lain, memang cari makan sahaja. Daripada celik mata sampai la ke masa nak tidur, memang ada sahaja makanan yang nak di cari, lagi-lagi bila Melaka ini terkenal dengan pelbagai jenis makanan viral, lagi semangat nak jalan-jalan cari makan di Melaka!

Semasa styacation Sally hujung tahun lepas, selain daripada mencuba tempat viral yang baru, Sally banyak throwback ke tempat-tempat yang Sally pergi masa tahun 2017, sebab dah lama tak pergi terus jadi rindu sana rindu sini, nampak tak makanan pun boleh jadi rindu.

1. Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan, Tengkera

Jangan la tanya kenapa boleh nak ulang makan dekat sini walhal tak ada apa-apa yang menarik pun, mungkin sebab masa pertama kali pergi tak sempat rasa nasi lemak, kali ini rasa la, memang sedap. Oh kepada korang yang tak tau, Mee goreng ni dipanggil mee bodoh sebab ianya datang tanpa rencah, maksudnya mee ni digoreng kosong je tanpa rencah macam ayam, udang, sotong. Memang kosong, betul-betul mee dan taugeh sedikit.



Tapi apa yang membuatkan mee ini sedap ialah gabungan lauk lain yang ditambah sekali, ada timun, sambal dan telur mata kerbau, yang lebih istimewa sebab telur digoreng menggunakan minyak yang diambil daripada sambal, campur semua sekali, letak kicap, letak cuka sikit memang terangkat la. Walaupun minyak dia agak sedikit meriah, sekali sekala tak apa kot kan?

Jangan lupa cuba juga Mee Sup Tengkera kalau berkesempatan.

2. Cendol Jam Besar, Melaka.

Tak Melaka la kalau tak panas kan, macam biasa Sally takkan lepaskan peluang untuk makan cendol dekat sini, murah dan yang paling penting sedap...Makan pula sambil menghadap tebing sungai Melaka tu, ehhh dia punya "feeling" memang tak boleh nak terangkan.



Lokasinya berhadapan dengan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka memang sangat strategik. Cendol jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan ada, Sally punya semestinya cendol durian.

3. Kuih Keria Antara Bangsa Limbongan.



Gigih! Walaupun kena beratur dekat 30 minit, tetap juga gigih. Hahaha, sebenarnya Sally bukan suka sangat makan kuih keria tapi sebab kawan Sally beriya nak juga, jadinya kami gigih la beratur tapi memang puas hati la, walaupun saiz macam agak kecil tapi sebabkan dia sedap, kita tutup mata sahaja!

4. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Sally memang rindu gila nak makan dekat Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Pertama kali makan Chicken Rice Ball masa Sally join FAM Trip ke Melaka dengan Mamee, lepas tu pernah ulang sekali lagi dan selepas 4 tahun, fuhhh rasa dia masih sama, masih lagi sedap!



Selain daripada nasi ayam dia, kedai ini juga terkenal dengan menu masakan nyonya, contohnya macam Nyonya Cili Garam Sotong dan Sambal Udang Petai dia.



5. Asam Pedas

Tak lengkaplah lawatan ke Melaka kalau sekali pun tak makan Asam Pedas. Sally suka Asam Pedas Claypot, tapi kalau korang nak makan lauk pauk banyak, boleh ke Asam Pedas Selera Kampung. Sally suka Asam Pedas Melaka daripada Asam Pedas Johor, tapi kalau dapat Asam Pedas, tak kira la Melaka ke Johor ke Penang ke, semua sedap la. Dapat pulak kepala ikan ke kan. Fuhh~

6. Klebang Original Coconut Shake / Coconut Shake Alai

Kalau Coconut Shake, Sally memang akan pilih daripada dua ini. Sally secara peribadi lebih suka dengan Coconut Shake Alai, tapi kalau ada ada dekat area Klebang, memang akan beli Klebang Original Coconut Shake la. Kalau tak nak Coconut Shake, boleh cari Mango Float Royale.

7. Medan Ikan Bakar

Di Melaka, memang sangat terkenal dengan menu ikan bakar dan juga makanan laut yang segar. Antara pilihan medan ikan bakar yang boleh dikunjungi seperti Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung, Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar dan Medan Ikan Bakar Melaka Serkam. Walaupun ramai, Sally rasa daripada segi harga dan kualiti makanan sangat berbaloi.



Sally cuma pernah pergi ke Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung, tapi banyak baca review yang lagi 4 medan ikan bakar itu pun sangat berbaloi untuk dikunjungi.

8. Yong Tau Foo Gelombang Biru

Masa ke sini, kami pergi waktu malam. Memang rambang mata sebab ada banyak sangat pilihan menu untuk Yong Tau Foo. Terpulang sama ada nak makan dengan sup atau dengan sos seperti biasa, dua-dua pilihan memang ada kelainan masing-masing. Paling penting, ianya halal, sedap dan harganya juga berpatutan.

Staycation tiga hari dua malam memang dihabiskan dengan mencari makan sahaja, betul-betul edisi Jalan Jalan Cari Makan. Selain daripada makanan, Sally juga teruja nak cuba hotel di Melaka. Jenuh juga la nak pilih beberapa koleksi hotel terbaik di Melaka. Nasib baik jumpa The Settlement Hotel, mungkin lepas ini boleh pilih hotel yang lain pula kan...Kita buat edisi Hotel Hunting pula.

Post a Comment

12 Comments

  1. sedap-sedapnya Sally. akak suka jugak coconut shake dan kuih keria di Baru Berendam. mi bodoh dan Ee ji ban tu tak cuba lagi

    ReplyDelete
  2. Bulan 3 nak p melaka.. Bolehla masukkan list tempat2 makan ni

    ReplyDelete
  3. Kalau pi melaka, asam pedas & ikan bakar tu wajib ye. Lagi satu mango float royale melaka, wajib singgah 🤗

    ReplyDelete
  4. Ni rasa day trip ke Melaka ni. Eh eh

    ReplyDelete
  5. Wah bestnyer gi Melaka. Memang tak sah kalau tak makan-makan kan.

    ReplyDelete
  6. Rindunya nak g melaka.. ada 2, 3nje foods yg pernah cuba..

    ReplyDelete
  7. Semuanya sedap-sedap. Dah lama tak gi Melaka.

    ReplyDelete
  8. haritu masa p Melaka lalu kat mee bodoh tu, ramai sangat org waktu cuti sekolah... xmerasa lagi... Parameswara always favourite :)

    ReplyDelete
  9. Alaaa lambat plak baca entri sally ni kalau idak follow story sally je senang. Next leh pegi lagi beberapa tempat. TQ sharing sally

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!