Sekarang kan memang zaman kita shopping daripada rumah atau mudah kata secara atas talian...Sally sendiri personally memang prefer beli secara atas talian sebab kadang tu dapat harga yang lebih rendah, tak payah fikir nak naik Grab atau memandu, tak perlu pening kepala mencari parking dan bersesak dikala Covid-19 masih lagi berleluasa.
Korang pernah dengar tentang TopzMall?
Kalau korang nak tau, TopzMall merupakan sebuah platform e-dagang terbaru yang memfokuskan untuk memasarkan produk daripada SME (Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia) supaya dapat menembus sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini turut di sokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) yang turut menyarankan SME Malaysia untuk berdaftar di TopzMall.
Walaupun baru tahun pertama operasinya, TopzMall berjaya mencatat jualan sebanyak RM16 juta. Pencapaian yang sangat membanggakan kerana pelanggan TopzMall bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga daripada Filipina, Vietnam, dan pasaran terbesar platform ini adalah daripada China. TopzMall menyasarkan jualan berganda pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM32 juta, ini kerana mereka percaya terdapat pelbagai produk Malaysia yang berkualiti dan mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Dari kiri - Mr. Ivan Tan - Ms. Shirley - Mr.Ahmad Salman Bin Ahmad Fua_ad- Madam Carol Fung- Mr. Calvert Choo - Ms. Jeryl Lee- Datuk Ringo Low- Mr. Simon Wong
Sally berkesempatan untuk ke Majlis Pelancaran dan juga pelantikan penyanyi Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta kempen ‘TopzMall 2022 CNY Goods’ minggu lepas. Selebriti Chef Malaysia; Chef Ivan Tan juga menjual hidangan Tahun Baru Cina terus di TopzMall 2022 CNY Goods Campaign dengan harga promosi semasa majlis pelancaran, dan ianya menjadi produk utama Perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba nanti.
Dari kiri - Celebrity Chef; Chef Ivan, CEO of TopzMall Mr. Calvert Choo, TopzMall 2022 CNY Goods Campaign Ambassador Jeryl Lee
Model perniagaan dengan gabungan bersama rakan strategi seperti aplikasi Yippi, memberikan pelanggan akses kepada TopzMall secara terus tanpa perlu mendaftar, memudahkan lagi pengalaman membeli belah secara atas talian.
TopzMall juga bercadang untuk menambah kategori seperti "Halal" untuk pelanggan Muslim bukan sahaja daripada Malaysia tetapi daripada seluruh dunia juga. Jadi, lebih banyak produk IKS yang berstatus halal boleh diakses kerana Malaysia terkenal kerana kreadibiliti sijil halal Malaysia JAKIM yang cukup diyakini di peringkat antarabangsa.
Sempat juga la Sally melihat beberapa produk yang terdapat di dalam platform Topzmall seperti jenama Aik Cheong, NutriBrownRice, Lovemoment Florist, OFFEN dan Biosilk Malaysia.
Tak dinafikan ada diantara produk-produk ini memang dikenali di luar negara berbanding di dalam Malaysia. Jadi tak peliklah kalau Sally katakan yang produk IKS kita sememangnya layak untuk dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Jangan risau, TopzMall bukan sahaja merangka untuk Perayaan Tahun Baharu Cina tetapi juga pelbagai jenis perayaan kecil dan besar seperti Hari Raya Aidilfitri. Jangan lupa dapatkan pelbagai jenis produk berkualiti IKS di TopzMall!
Website: www.topzmall.com
Facebook: www.facebook.com/topzmallofficial
Instagram: @topzmall
YouTube Channel: TopzMall Official
Facebook: www.facebook.com/topzmallofficial
Instagram: @topzmall
YouTube Channel: TopzMall Official
2 Comments
Saya pun rasa selesa dan mudah bershopping online ni hehe...banyak masa nak fikir dan boleh tengok2, compare harga banyak kedai.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu promosi promosi akan datang
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!