OGAWA Concept Store Kini Dibuka Semula Di Mid Valley.

Cuba cakap! Siapa yang tak suka dengan kerusi empuk, siap dengan pelbagai jenis teknologi urutan. Haaaa! Sebab itu Sally tgh excited nak kongsi dengan korang yang OGAWA Concept Store sudah dibuka kembali di Mid Valley!



OGAWA, bukan nama baru di Malaysia, dan menuju ke tahun baru, OGAWA Malaysia berkembang daripada kedai semasa mereka kepada sebuah OGAWA Concept Store yang menyediakan pengalaman dalam kedai yang baharu sepenuhnya di OGAWA Concept Store di Mid Valley dan memperkenalkan hibrid teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup untuk menjadikan pengalaman di kedai lebih menarik.

Di bawah konsep baharu ini, setiap elemen terperinci kedai dan juga jenama OGAWA, diterjemahkan kepada persekitaran membeli-belah yang lebih selesa, lebih bijak dan sihat untuk semua pelanggan. Konsep yang inovatif meningkatkan pengalaman kita semasa mencari mesin urut yang berkualiti tinggi.





Yang paling best persekitaran yang selesa lagi futuristik yang ditonjolkan, bayangkan la bila kita melangkanh masuk ke kedai, nampak macam rumah sendiri. Dalam kedai juga ada kawasan VVIP eksklusif didedikasikan khas untuk pelanggan OGAWA yang telah lama menyokong mereka.

Pelanggan juga boleh merasai produk istimewa mereka; Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk memberikan penyelesaian kesihatan yang lebih meluas, menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Penjejak Kesihatan dan Pengimbas™, dengan kuasa automatik AI.

Penganalisis yang menggunakan algoritma untuk mengumpul dan mengurus data akan bertindak sebagai "tukang urut" yang akan menyesuaikan kerusi urut kita dengan senarai penyelesaian yang disyorkan / diprogramkan. Ianya akan menyasarkan kawasan masalah/sakit dengan tepat.





Berita baik untuk semua yang berniat nak membeli kerusi urut untuk diri sendiri atau keluarga, sempena pembukaan semula OGAWA Concept Store, mereka menawarkan jualan Krismas eksklusif di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50%, dengan pelan 0% sehingga 68 bulan, hanya di cawangan OGAWA.

Diskaun dapat, bayaran ansuran pun boleh, memang dah tiada sebab untuk kita berkompromi dengan kesihatan kita kan. Boleh belikan sebagai hadiah untuk diri sendiri, ibubapa dan ahli keluarga atau mereka yang tersayang. Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Store, boleh layari www.ogawaworld.net.


Post a Comment

0 Comments