Kanak-Kanak Membesar Dengan Lebih Sihat dan Cerdas Dengan Diffenz Junior.

Tahukah korang, Malaysia menduduki tangga ketiga teratas di Asia mencatatkan peratusan tertinggi bagi obesiti dalam kalangan kanak-kanak. 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami kadar obesiti yang tinggi dan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak ini semakin membimbangkan. Selain obesiti, masalah kanak-kanak bantut juga semakin membimbangkan.


 
Tinjauan NHMS 2019 mendapati 50.1% daripada orang dewasa mempunyai sama ada berlebihan berat badan atau obes. Manakala 29.8% kanak-kanak berusia 5-17 tahun mempunyai berat badan berlebihan termasuk obes.



Masalah kanak-kanak bantut juga amat membimbangkan di Malaysia ini kerana 1 daripada 5 kanak-kanak mengalami masalah bantut iaitu ketinggian yang rendah berbanding rakan sebaya, 1 daripada 7 kanak-kanak kurang berat badan iaitu berat lebih ringan berbanding rakan sebaya dan 1 daripada 10 kanak-kanak mengalami masalah susut iaitu berat tidak sesuai berbanding tinggi.

Persoalannya sekarang, mengapa perkara ini boleh terjadi?

Punca Obesiti di Kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak yg bermasalah obesiti mempunyai risiko untuk mendapat masalah kesihatan pada waktu dewasa nanti seperti kencing manis, darah tinggi dan tinggi paras kolestrol dalam darah.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi atau menyebabkan obes di kalangan kanak-kanak. Antaranya adalah kerap makan makanan yang berkalori tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Lebih-lebih lagi ketika negara kita dilanda Pandemik Covid-19 ketika ini. Kanak-kanak ini tidak dapat bermain di luar dan hanya terkurung di dalam rumah. Mereka kurang membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan hanya leka menonton TV serta bermain gajet. Jika sebelum ini mereka aktif bermain di luar bersama rakan sebaya namun kini mereka banyak menghabiskan masa di dalam rumah sahaja.

Punca Bantut di Kalangan Kanak-Kanak

Kebantutan kanak-kanak merujuk kepada kegagalan untuk mencapai potensi pertumbuhan normal yang dijangka akibat taraf kesihatan atau pemakanan yang kurang baik. Kebantutan boleh menyebabkan kesan jangka panjang dan pendek yang serius kepada kanak-kanak.

Punca utama bantut adalah kekurangan zat makanan yang berpanjangan. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi seperti Protein, Karbohidrat, Zat Besi, Kalsium, Zink dan lain- lain untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Amalan pemakanan sihat perlu diterapkan kepada kanak- kanak dengan memberi makanan bernutrisi tinggi daripada pelbagai jenis sumber makanan.

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi di dalam badan juga boleh menyebabkan mereka mudah terdedah dengan jangkitan kuman dan virus yang berbahaya.

Gabungan 6 Nutrisi Dalam Diffenz Junior Menyokong Tumbesaran & Sistem Imun Kanak-Kanak
 
Sally nak memperkenalkan satu produk dari Eskayvie iaitu Eskayvie Diffenz Junior yang dihasilkan khas untuk membantu menyokong tumbesaran dan sistem imun kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun agar mereka ini dapat membesar dengan lebih sihat dan cerdas.


Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid

Diffenz Junior ini merupakan inovasi terkini Eskayvie untuk memberikan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak. Ia mengandungi 6 bahan yang boleh memberikan nutrisi tambahan kepada kanak-kanak supaya mereka ini terlindung daripada jangkitan penyakit.

Dibawah adalah senarai 6 bahan utama yang ada dalam Diffenz Junior:

Kolostrum 



Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

● meningkatkan sistem imun badan
● melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
● kesan anti-mikrob dan anti-virus
● melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
● menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

Multivitamin Dan Mineral



Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu kanak-kanak,

● melengkapkan keperluan nutrisi
● menyokong penglihatan
● merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
● melindungi diri daripada jangkitan
● membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
● membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)



Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah ia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau Untuk Kanak-Kanak:

● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
● Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
● Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.



Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan Buat Camu-Camu untuk kanak-kanak:

● Menguatkan sistem imun
● Antioksidan dan anti-radang
● Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
● Menstabilkan tekanan darah tinggi
● Merangsang penghasilan kolagen
● Mengawal gula darah

Vitamin D 

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan.


Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.

Vitamin C 

Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.



Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan diserap ke dalam badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Dapatkan Diffenz Junior Untuk Perlindungan Kepada Anak-Anak Anda



Macam mana? Banyak kebaikan dan kelebihan bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior ni kan? Semua 6 bahan utama ini terdapat di dalam 1 tablet berperisa oren yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun & menyokong tumbesaran kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.
 


Harganya juga mampu milik iaitu hanya RM60 sebotol dan RM100 untuk 2 botol. Sally percaya harga ini tidaklah membebankan ibu bapa untuk membelinya kerana satu botol ada 60 biji dan cukup untuk penggunaan 2 bulan untuk seorang kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan perkembangan anak-anak dan ingin lihat mereka membesar dengan sihat dan aktif, tidak salah sekiranya kalau kita laburkan sedikit duit untuk dapatkan Diffenz Junior ni.

Berminat nak dapatkan Diffenz Junior? Korang boleh pergi ke laman web dan media sosial Eskavyie melalui pautan dibawah:

Website: https://diffenzjunior.com
FB Page: Eskayvie Malaysia 👉 https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: Eskayvie Malaysia 👉 https://www.instagram.com/eskayviemalaysia

Post a Comment

0 Comments