Figura International Lancar Dua Produk Kesihatan Dengan Bantuan 3 Pakar Penyelidik.

Figura? Siapa pulak Figura ni kan?

Ini bukan figura mana-mana tapi sebuah syarikat milik penuh bumiputera; Figura (M) Sdn. Bhd., juga dikenali sebagai Figura International, yang merupakan pengeluar produk kesihatan untuk seisi keluarga iaitu Figura dan Figura Coffee Latte. Sally berkesempatan menghadiri majlis hi-tea dan juga pelancaran produk terbaru mereka di Hotel Flamingo, Ampang, Sabtu yang lepas.

Mungkin korang rasa dah biasa dengar tentang produk makanan kesihatan di Malaysia ini, sampai rasa tak ada beza pun kan? Tapi ada kelainan dengan Figura kerana Figura International menjalinkan kerjasama akademik dengan tiga (3) orang pakar penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi setanding dengan harga yang ditawarkan.



Mereka adalah Profesor Emeritus Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan Profesor Dr. Wan Aida Wan Mustafa selaku Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Pakar yang ketiga ialah Profesor Dr. Noor Hassim Ismail dari HUKM.




Profesor Dr. Noor Hassim Ismail dari HUKM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid, syarikat yang bermula sejak tahun 2018 itu kini mengorak langkah sebagai jenama global dalam industri jaringan sosial melalui platform produk pemakanan kesihatan dan kecantikan. Figura Intemational juga komited untuk muncul sebagai lima (5) pemain utama dalam industri jaringan sosial menjelang 2025.

Hasil kerjasama ini juga turut mencatatkan sejarah tersendiri, kerana Figura International menjadi syarikat jaringan sosial (social networking) yang pertama di Malaysia yang mempunyai tiga (3) pakar perunding dan penyelidikan dari UKM dan HUKM.


Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid

FIGURA

Figura merupakan sejenis produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import. Hasil penyelidikan daripada dua pakar daripada UKM, mengesahkan antioksida yang terkandung dalam Figura adalah tujuh kali lebih tinggi daripada Vitamin C. Antioksida yang tinggi penting untuk meningkatkan sistem imun badan sekaligus mampu mengawal serta mencegah pelbagai jenis penyakit.



FIGURA COFFEE LATTE



Figura Coffee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, Kunyit Hitam, Ekstrak Maca, Garam Bukit dan Stevia. Kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Noor Hassim Ismail dari HUKM mengesahkan Sacha Inchi sebagai bahan utama yang mampu membantu meningkatkan kesihatan ke tahap yang lebih baik. Sacha Inchi memang terbukti mengandungi kandungan antioksida yang tinggi iaitu Omega 3,6,9, Vitamin A dan E.

Untuk lebih maklumat tentang produk Figura dan Figura Coffee Latte, serta Figura International, boleh ke laman sesawang www.figurainternational.com atau boleh ke laman sosial rasmi Figura International di Facebook dan juga Instagram.

Post a Comment

0 Comments