Sudio T2 Wireless Earphone.

Sudio T2 Review

Honestly, Sally bukan mereka yang tergolong dalam Technophile ataupun Tech Person, tapi selari la dengan kehidupan sekarang, memang tak lepas la daripada follow trend juga kan?

Selepas Sally cuba Sudio Neo awal tahun ni, memang terasa seronok la guna...mudah sebab ianya wireless, jadinya tak perlu nak berselirat dengan tali. Abang Sally request Sudio Neo tu untuk bagi dekat dia, jadi Sally ambil keputusan nak beli yang baru la. Usha balik tengok Sudio ada keluarkan Sudio T2, jadi apa lagi...terus sambar.



Sudio T2 didatangkan dalam 4 warna yang menarik; Hitam, Putih, Sand dan Jade. T2 juga didatangkan dengan waranti 3 tahun oleh Sudio Sphere dan penghantaran PERCUMA. Memang berbaloi-baloi la kan! Kalau sebelum ini, Neo...Sally pilih warna hijau, tetapi untuk T2, kita back to basic, Sally pilih warna hitam. Selain daripada design dia, ada beberapa sebab kenapa Sally pilih T2 berbanding yang lain.



T2 memang dicipta untuk menyaring bunyi asing, kiranya masa kita dengar muzik, takde la bercampur aduk dengan orang berbual dan mengumpat, tapi jenuh sikit la bila orang panggil tak dengar kalau tak sentuh bahu kita...even kalau kita jawab panggilan pun, lebih jelas dan sesuai la kalau ada meeting on the go.

T2 sesuai dengan semua jenis telinga, Sally yang ada lubang telinga kecil pun masih selesa pakai dan tak mudah bergerak, walaupun bersukan, Sudio T2 memang takkan terkesan, baik peluh yang mengalir atau percikan air. Jangka hayat bateri pun sehingga 35 jam menggunakan mode pengecasan, dan 7.5 jam masa mendengar dengan sekali cas. Lupa nak cas? Jangan risau, kalau kita cas 10 minit pun, kita boleh guna sehingga 2 jam.



T2 sesuai untuk semua telefon pintar tak kisah la Android atau iOS, yang menyokong capaian Bluetooth 5.0 ke atas dalam range 10 meter. Tambahan lagi dia guna pengecasan Type-C, jadi senang sebab phone Sally pun memang Type-C, jadi takde masalah kalau nak cas lupa bawa kabel ke apa.





So, korang kalau tengah mencari wireless earphones, Sally mmg honestly suggest korang cuba Sudio Nio. Bukan Android user je, iOS pun boleh sebab surely compatible. Gunakan kod diskaun "SALLYT2" untuk potongan 15%. Baik kan Sally siap belanja korang diskaun lagi untuk beli...hahaha...Beli di laman sesawang Sudio ok?

Website: www.sudio.com/my
Sudio T2 Black: www.sudio.com/my/t2-black


Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!