Yes! CoolBlog Dah Buka Cawangan ke-263 di Ampang Point!

Yeay! Dah ada Coolblog dekat Ampang Point!



Zaman kolej dulu Sally memang suka beli Coolblog, asal elaun masuk je, mesti keluar ke ATM lepas tu singgah beli air di CoolBlog, tapi beberapa tahun kebelakangan, memang kurang nampak outlet CoolBlog di sekitar kawasan Sally, spesifiknya di Ampang, tapi kalau area lain banyak pulak, sampai Sally rasa bila balik kampung di Kelantan, lagi senang nak cari CoolBlog berbanding dekat Ampang tapi nasib baik la outlet Coolblog Malaysia yg ke-263 dah dibuka di Ampang Point!

Upacara perasmian telah dirasmikan oleh Y.A.M Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi Coolblog Dessert Sdn. Bhd. Walaupun dah bertapak lebih 15 tahun, Coolblog sentiasa mengikuti trend terkini. Kalau tengok daripada penampilan baru outlet CoolBlog ni pun kita dah boleh rasa vibe dia lain daripada yang dahulu, lebih ergonomik dan buatkan pelanggan rasa lebih gembira bila berkunjung.



Walaupun agak terkesan dengan pandemik, tetapi CoolBlog masih lagi teguh berdiri dan bagi memastikan setiap outlet beroperasi dengan selamat, SOP yang ketat tetap menjadi keutamaan. CoolBlog sentiasa tampil dengan kelainandan ini dibuktikan dengan kolaborasi dengan beberapa jenama seperti FarmFresh (Ramadan yang lepas) dan menjelang bulan November ini, CoolBlog juga akan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi bersama dengan Redbull.


Warga kerja CoolBlog bersama Y.A.M Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Pengerusi Coolblog Dessert Sdn. Bhd.)
dan Sueli Lew (Ketua Pegawai Eksekutif, Coolblog Dessert Sdn. Bhd.)


Jangan sedih kalau Coolblog tiada di kawasan korang sbb menjelang hujung tahun akan ada 16 buah cawangan lagi akan dibuka, fokus di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan Kedah...jadi nantikan Coolblog yg lebih trendy dibuka di kawasan korang!

Jangan lupa follow Coolblog di Facebook dan Instagram utk lebih banyak update!

Post a Comment

4 Comments

  1. port lepak2 & dating2 ni...Ampang Point.

    ReplyDelete
  2. eh, dah ada dekat dengan rumah. bolehla minum sama-sama nanti Sally. Hehe

    ReplyDelete
  3. berita baik buat peminat cool blog nampaknya

    ReplyDelete
  4. cer cadang kat akak apa sedap air kat cool blog ni. nanti kita leh pi sini la sally. yeaa sally belanja hahahah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!