Tingkatkan Sistem Imun Badan Dengan PROVITAL Immuna Plus.

Pandemik Covid-19, diam tak diam dah hampir 2 tahun satu dunia hidup dengan virus ini, di musim pandemik, perkara yang paling dititik beratkan mestilah kesihatan dan juga meningkatkan sistem imun badan supaya mampu menghalang daripada terkena wabak ini. Selain daripada pandemik, mereka yang sudah melepasi umur 20-an seharusnya kena menjaga kesihatan dan dengan peningkatan sistem imun badan, pelbagai penyakit boleh dielakkan.

Baru-baru ini Sally ke hypermarket, macam biasa nak stock up barang dapur kan, lepas tu nampak susu PROVITAL Immuna Plus, macam biasa la wajib cuba kalau nampak produk baru. Awal tu Sally beli sebab nampak 40 tahun dan ke atas dan memang sesuai la dengan ibu, yang ada masalah kencing manis jadi Sally mmg galakkan dia minum susu tepung berbanding susu pekat manis.



Sally tertarik dengan tiga komponen utama yang terkandung dalam PROVITAL Immuna Plus iaitu Yis Beta-Glucan, Selenium, dan Vitamin C. PROVITAL Immuna Plus dicipta secara saintifik untuk memberikan manfaat kesihatan dan meningkatkan sistem imun bagi orang dewasa berusia 40 tahun ke atas.



Eh jangan tak tahu, walaupun susu ini disarankan untuk orang dewasa berusia lebih dari 40 tahun, mereka yang tergolong dalam kategori dewasa yang lebih muda yang ingin meningkatkan imuniti badan mereka atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lebih lemah sangat digalakkan untuk mula mengamalkan supaya dapat meningkatkan kesihatan imunologi mereka.

Kekebalan kita terhadap penyakit menurun seiring bertambahnya usia, sehingga 30% sel imun kita merosot pada usia 75 tahun. Walau bagaimanapun, penuaan tidak bermakna kita perlu menjadi lemah. Dengan dua (2) gelas PROVITAL Immuna Plus setiap hari, kita dapat mengaktifkan sistem imun badan dan mampu menjalani kehidupan dengan penuh yakin dan terus berani melakukan perkara yang kita mahu lakukan.



PENGALAMAN SALLY DAN IBU MENGAMALKAN PROVITAL Immuna Plus


Jujurnya baru dekat setengah bulan je Sally cuba susu ini, overall memang nak kata ada perubahan ke apa memang tak nampak la, cuma yang Sally perasan, tenaga jadi macam SuperWoman je. Walaupun sibuk dengan perniagaan kecil Sally, lepas tu nak seimbangkan dengan blog dan media sosial sebagai blogger, tapi masih lagi ada tenaga nak siapkan dkerja-kerja rumah. Bukan multitasking tapi cuma tak mudah lesu dan surprisingly, Sally jarang nak tidur petang!

Untuk ibu, sama juga, dia rasa lebih bertenaga dan boleh ada tenaga nak berkebun bagai. Menginjak ke usia 67 tahun, tak dinafikan ibu memang mudah penat, tapi Sally bersyukur sangat sebab di kala pandemik sekarang, dan semua temujanji perubatan di tunda ke tahun 2022, ibu masih lagi sihat dan boleh buat pelbagai benda dan jalankan hobi dia.



CARA PENYEDIAAN DAN WAKTU PENGAMBILAN

Seperti yang Sally ada beritahu awal tadi, digalakkan supaya mengambil atau mengamalkan dua (2) gelas PROVITAL Immuna Plus setiap hari. Selalunya Sally ambil sekali pada waktu pagi (kadang-kadang tengahari kalau buat Intermittent Fasting), dan segelas lagi pada waktu malam. Untuk korang yang kurang gemar minum susu, Sally kadang tu campur je dengan kopi, tapi tanpa susu pekat atau gula ya, cuma lebih baik kalau minum tanpa campuran.

 

Kadang-kadang kalau terlupa nak ambil makanan tambahan dan Vitamin C, Sally tak risau sebab kandungan Vitamin C di dalam PROVITAL Immuna Plus pun dah cukup untuk melengkapkan dos maksima untuk sehari. Pengambilan Vitamin C penting kerana ianya antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Berapa banyak buah dan sayuran boleh kita makan sehari kan? Jadi, kita amalkan sahaja PROVITAL Immuna Plus, sedap pun sedap!

Walaupun kita telah divaksin, ianya tetap penting untuk terus menyokong kesihatan imun badan. Korang boleh uji skor imuniti diri dan ahli keluarga dari www.provital.com.my/immunitycalculator

Untuk korang yang pentingkan kesihatan dan nak tingkatkan sistem imun badan di musim pandemik ini dan untuk jangka masa panjang, Sally sarankan korang cuba la PROVITAL Immuna Plus, korang sendiri akan rasa perubahan dalam badan dari sehari ke sehari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PROVITAL Immuna Plus, kunjungi laman sesawang www.provital.com.my atau halaman Facebook Provital Malaysia. PROVITAL Immuna Plus kini boleh didapati di farmasi, pasar raya, pasar raya besar, kedai dalam talian dan kedai e-dagang dalam paket 480g dan 960g (perisa Vanila).

Post a Comment

0 Comments