Dengar sahaja Bob Rock LoveLily, kalau dikalangan mereka yang berbadan comel comel macam Sally memang dah biasa sangat. Buat korang yang tak tahu, Bob Rock LoveLily merupakan sebuah butik plus size untuk lelaki dan wanita yang bertapak di Plaza Shah Alam Seksyen 9. Disini terdapat pelbagai jenis fesyen untuk lelaki dan wanita, cakap sahaja baju formal ke baju kasual, semua ada disini. Kalau tak, takkan la mereka dikenali sebagai ‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!’.
![]() |
Lot F-15, Aras 1, Plaza Shah Alam Seksyen 9, Shah Alam |
Berita baik untuk semua, Bob Rock LoveLily yang beralamat di Lot F-15, Aras 1, Plaza Shah Alam Seksyen 9, kini mengalu-alukan kedatangan semua ke kedai mereka yang sudah pun dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor sudah memasuki ke fasa 2 pemulihan.
Jangan risau kerana Bob Rock LoveLily;
✅ Keseluruhan kedai sudah disanitasi.
✅ Dibersihkan setiap hari.
✅ Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan
✅ Semua staf yang bekerja telah cukup dua dos vaksin
Semua pengunjung juga diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa, mengimbas aplikasi MySejahtera dan suhu sebelum masuk ke premis, membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan yang disediakan dan semestinya menjaga jarak antara satu sama lain.

Sempena pembukaan kembali mereka, Bob Rock LoveLily juga hadir dengan pelbagai jenis fesyen dan baju-baju baharu dan salah satunya semestinya pelbagai design T-Shirt bercorak yang sentiasa menjadi antara produk yang paling diminati dan laris di butik ini.
![]() |
Klik Untuk Beli T-Shirt Bercorak Bob Rock LoveLily |
SAYA BELUM CUKUP DUA DOS, BOLEH KE BUTIK?
Sedih? Jangan la! Walaupun tak dapat datang berkunjung ke butik sebab belum cukup vaksin, tetap boleh beli online. Bob Rock LoveLily sentiasa mengemas kini dan menambahbaik jualan atas talian supaya pelanggan dapat rasai pengalaman yang hampir sama seperti membeli di butik!
Korang boleh gunakan platform laman sesawang rasmi (https://www.bobrocklovelily.com.my) atau ke Shopee (https://shopee.com.my/bobrockofficial).
Jangan risau sebab semua promosi yang dijalankan di butik juga boleh didapati di laman sesawang dan juga Shopee mereka! Tak ada istilah pilih kasih! Heee~
6 Comments
yeay dah boleh shopping!
ReplyDeleteMacam2 jenis baji ada.. Senang utk org saiz besar.. Beli online pun boleh
ReplyDeleteBanyak pilihan . Lagi best boleh beli di Shopee je. 😍
ReplyDeleteSenang nak beli dah ada online..klu dtg terus kedai lagi syok kan blh tgk material depan mata..
ReplyDeleteSenang kan sekarang utk mereka yg plus size nak cari baju
ReplyDeleteWah bagus ni. Sesuai untuk saiz macam aku
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!