Oregon & Washington Blueberries | Kecil-kecil cili api, selalu sangat kita dengar kan...tapi Sally bukan nak kongsi pasal cili api, tapi buah bluberi, walaupun kecil tapi banyak manfaatnya. Selalunya kita banyak tengok orang guna bluberi dalam pembuatan pemanis mulut dan seringkali digunakan sebagai pasangan buah strawberi dan rasberi.
Kalau korang nak tau, penanaman bluberi hanya ditemui sekitar abad ke-20. Sebelum itu, buah asli Amerika Utara ini hanya terdapat di dalam hutan. Oregon dan Washington adalah dua negeri penghasil bluberi terbesar di Amerika Syarikat.
Bluberi secara semula jadi manis, sedap dan berkhasiat serta memberi banyak manfaat pada kesihatan, seperti meningkatkan kesihatan jantung, kesihatan kulit, tekanan darah, pencegahan kanser, diabetes, dan kesihatan mental juga!
Ahli pemakanan bertauliah Georgen Thye juga ada berkongsi pelbagai fakta pemakanan berkait dengan bluberi dan faedahnya kepada kesihatan:
1. Satu cawan (148g) bluberi menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian iaitu 14.4 mg vitamin C. Vitamin C dapat membantu menyokong sistem ketahanan badan.
2. Satu cawan (148g) bluberi mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian. Serat makanan mampu meningkatkan kadar lipid darah, mengatur kadar gula dalam darah, dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
3. Bluberi kaya dengan antioksidan. Bluberi dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua buah dan sayur biasa.
4. Satu cawan (148g) bluberi menyumbang 36% daripada nilai vitamin K harian anda, 28 mikromiligram vitamin K. Pengambilan vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.
Muffin Oatmeal Oregon & Washington Blueberries
Bahan-bahan:
200g Oat
200g Oregon & Washington Blueberry
50g Madu
½ sdt Baking Soda
1 sdt Serbuk Penaik
¼ sdt Garam
2 Biji Telur
1-2 Biji Pisang
1 sdt Esen Vanilal
80ml Minyak Zaitun
Cara Penyediaan:
1. Kisar halus oat sehingga menjadi tepung
2. Masukkan baking soda, serbuk penaik dan garam ke tepung oat dan gaul rata.
3. Lenyekkan pisang dalam mangkuk besar, kemudian pecahkan telur diikuti dengan minyak zaitun, madu dan esen vanila. Gaul sebati.
4. Tuangkan tepung oat ke dalam campuran basah, kacau perlahan hingga sebati.
5. Letakkan pelapik muffin ke dalam tin muffin. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin.
6. Letakkan beberapa biji bluberi Oregon & Washington dan taburkan beberapa keping oat sebagai hiasan.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190 ° C selama 20 minit.
Takut makan kek sebab manis? Resipi Blueberries Oatmeal Muffins, yang dikongsikan oleh Georgen Thye (@georgen_cooking) ini wajib cuba tau. Basically resipi ni menggantikan gula dengan madu, tepung dengan oat, dan bluberi bagi rasa masam untuk stabilkan rasa, semestinya guna bluberi Oregon & Washington...segar dan besar!
Walaupun Sally bukan peminat oat, tapi resipi yang ini memang sedap. Kenyang makan walaupun hanya satu ketul. Kat bawah ini Sally sertakan video resipi menggunakan bluberi yang dikongsikan oleh Georgen Thye. Jangan lupa cuba!!
Oregon Washington Blueberries Oatmeal Muffin | Georgen Cooking
Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake | Georgen Cooking
Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles | Georgen Cooking
Untuk maklumat lanjut tentang Oregon & Washington Blueberries, boleh layari www.oregonblueberry.com atau wablueberries.com/wa-blueberry-commission
8 Comments
Sedapnye muffins blueberry nak try jugalah nnt
ReplyDeleteMeh seketul dua sally. Hehe. Sedap sangat nampaknya tu. Terliur kak ana tengok.
ReplyDeleteFav anak-anak akak ni. Kalau beli sekali hadap je deme. Boleh try buat muffin macam sally ni
ReplyDeletebagusnya kan.. ganti gula dgn madu, ada oat lagi.. tengok pun sedap..
ReplyDeleteWow menarik betul sally masak.. Nk order tp jauh lak.. Leh poskan tak hihi... Sedap tu blueberry muffin! 😋
ReplyDeletegabungan menarik- blueberries dan oat. akak suka tu, sebab tak manis.
ReplyDeleteI like blueberries oatmeal muffins too, going to bake them again soon.
ReplyDeleteRajin Sally, pandainya Sally masak
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!