Sejak didiagnosis yang Sally ada psoriasis, memang banyak benda yang Sally pantang. Termasuk la apa yang Sally pakai dekat muka pun Sally jaga supaya tak mudah kering tapi tak juga merebak. Sebelum tu Sally memang guna je produk yang selalu pakai, tapi kadang rasa kering sangat, lepas tu mula la keluar kuping kering macam sisik ikan, kebanyakkan dekat kawasan berminyak seperti kulit kepala, muka, dan di dalam telinga. Nanti mula la kulit jadi radang lepas tu kemerahan.
Banyak juga la review Sally baca lepas tu, even bila jumpa pakar dermatologi pun cuma ada beberapa solution untuk kurangkan radang sahaja tapi bahagian muka memang agak merosakkan penampilan, nasib baik la sekarang keluar guna pelitup muka, kalau tak segan juga la dengan kondisi muka.
Banyak juga la review Sally baca lepas tu, even bila jumpa pakar dermatologi pun cuma ada beberapa solution untuk kurangkan radang sahaja tapi bahagian muka memang agak merosakkan penampilan, nasib baik la sekarang keluar guna pelitup muka, kalau tak segan juga la dengan kondisi muka.
Lepas banyak baca review, Sally decide nak guna Cetaphildan ikut 3 langkah rejim penjagaan wajah menggunakan produk Cetaphil. 3 produk yang Sally guna:
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Cetaphil Gentle Skin Cleanser secara aktif menghidrat kerana ia membersihkan dengan lembut tanpa menghilangkan minyak semula jadi kulit. Jadi takde la lepas kita cuci muka jadi tegang, kering macam tu. Formulasi tanpa sabun dan bebas pewangi memang sangat sesuai untuk wajah dan badan, dan mampu mengurangkan risiko kekeringan, kerengsaan, kekasaran dan tegang.
Formula yang seimbang pH dan tidak merengsa juga berfungsi untuk setiap jenis kulit, baik kulit kering, berminyak, kombinasi, dan juga yang sangat sensitif. Memang trusted by dermatologist untuk kulit yang sihat dan cantik.
Cetaphil Moisturising Cream
Cetaphil Moisturizing Cream produk kedua yang Sally guna, pelembap ini boleh guna dekat wajah & badan, sesuai untuk seisi keluarga. Sally suka sebab selain daripada letak dekat kawasan psoriasis dekat muka dan beberapa kawasan lain dekat tangan.
Rumusannya mengandungi emollients and humectants, yang mudah menyerap ke kulit...memberikan penghidratan tahan lama untuk kulit lembut, lebih halus dan lebih sihat. Pelembap ini berkesan melawan 5 tanda sensitiviti kulit dengan memulihkan kekeringan, kerengsaan, kekasaran dan tegang.
Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel
Light gel yang ini memang yang paling Sally suka, korang tau kan walaupun kita duduk rumah tak kena matahari tapi kita masih perlu guna sunblock sebab kita masih terdedah dekat pancaran cahaya daripada telefon bimbit, TV even laptop dan juga cahaya lampu.
Light gel ini memang sangat membantu mencegah pigmentasi kulit dan penuaan kulit pramatang. Cetaphil Sun SPF50 + Light Gel menawarkan perlindungan cahaya spektrum luas tinggi terhadap sinaran UVA / UVB untuk wajah dan badan. Pelindung matahari ringan yang sangat tahan air dan sesuai untuk kulit sensitif, menjadikannya sesuai untuk perlindungan setiap hari.
Sekarang ini, memang light gel ini selalu ada jadi peneman sebab kebanyakkan masa memang Sally guna phone dan juga laptop untuk buat kerja. Sally suka guna Cetaphil sebab produk dia hadir tanpa wangian, bebas paraben, diuji secara dermatologi, bukan komedogenik (tidak menyebabkan liang pori tersumbat) dan sangat tahan air.
Bila dan ada penyakit ni, rasanya minimalis tu sangat la perlu dan Sally rasa 3 langkah rejim penjagaan wajah dengan Cetaphil memang dah memadai untuk Sally, tak perlu nak ada 11-12 step nak jaga wajah, malas tau nak ikut 😂
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang Cetaphil (www.cetaphil.com.my)
• Facebook: www.facebook.com/cetaphilmalaysia
• Instagram : www.instagram.com/cetaphilmy
• Shopee: shopee.com.my/cetaphil.os
• Lazada: www.lazada.com.my/shop/cetaphil
3 Comments
Salam Sally. BW sini. Ingatkan Sally guna 10 step skincare ala Koreans. Hehe. Less is more, right? Memang bagus brand Cetaphil ni. kulit kering ke jerawat ke, semua sesuai.
ReplyDeleteCetaphill mmg sesuai dekat semua jenis kulit. Jarang lah nak dengar ada orang complain
ReplyDeleteEna paling suka jenama Cetaphil, sesuai dgn keadaan kulit ena
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!