Resipi Donut Gebu dan Lembut Tanpa Perlu Uli.



Daripada PKP ke PKPD, jenuh la duduk rumah manjang ke dapur ke bilik ke depan TV je. Sally macam dah buntu duduk rumah sampai la semua benda nak buat, walaupun masih dalam tempoh jaga makan tapi ada lagi dua mulut nak kena sumbat. Jadinya Sally selalu buat makanan yang boleh bekukan, kuih ke apa supaya senang kerja Sally.



Bahan A (Campurkan semua bahan A dan biarkan kembang dalam 10 minit)
1 paket yis (11g)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1½ cawan air suam

Bahan B (Campurkan dalam bekas yang besar dan ramas kasar)
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam



Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam Bahan B dan gaul rata (Sally guna mixer sebab malas nak adun pakai tangan)
2. Selepas adunan dah sebati, dah tak melekat boleh biarkan lebih kurang satu jam, jangan lupa tutup dengan bekas tadi.
3. Selepas satu jam, adunan tadi akan naik dua kali ganda. Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
4. Selepas itu boleh mula canai sedikit dan terap guna penerap donut. Pastikan tabur sedikit tepung dekat dulang supaya tidak melekat.
5. Canai dan terap sehingga selesai, dah agak kembang sikit (∓ dalam 30 minit) boleh la goreng. Pastikan guna api sederhana supaya donut tak terlalu gelap.
6. Tabur gula aising atau boleh letak topping ikut selera masing-masing.



Pada Sally, resipi ini memang mudah dan anti gagal la pendek kata. Sally buat dapat dua bekas jugak la, dalam satu malam je dah habis satu bekas ibu dengan abang Sally makan, lepas tu yang lain Sally bekukan. Untuk bekukan Sally goreng sekejap sahaja. Lepas ini bila Sally diet, ibu ke abang Sally boleh la goreng sendiri, mudah tak payah fikir nak buat apa untuk sarapan. Sekarang ni kalau boleh buat sendiri, baik buat sendiri laa...kan?

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!