Suka Makan Tempe? Jom Kita Buat Tempe Sendiri!

PKP LAGI PKP LAGI DAN LAGI!!

Bosan rasanya dengan PKP tapi nak buat macam mana, kita kan rakyat kena la ikut je telunjuk pemimpin kita. Ok dah, Sally nak cerita pasal tempe pun sebenarnya. Siapa suka makan tempe? Sally memang suka gila, kalau suruh makan tempe seharian pun takde masalah, tapi bila beli selalu berebut je dengan abang Sally. Jadinya, kita buat sendiri tempe, haaa makan sampai puas!

Sebenarnya buat tempe ini mudah je tapi cuma ambil sedikit masa baru dapat tempe, sebab nak kena rendam, rebus, sejukkan dan tunggu cendawan tumbuh paling kurang 2 hari tapi percaya la memang berbaloi!



Bahan-bahan untuk buat tempe:
200g kacang soya
2 sudu besar cuka
1½ sudu besar ragi tempe

Cara-caranya:
1. Rendam kacang soya, lebih baik semalaman atau minimum 4 jam.
2. Rebus kacang soya sehingga mendidih, sejukkan dan ramas kasar sehingga terkupas kulit.



3. Rebus kacang soya sekali lagi sehingga mendidih dan kemudian tutup api dan campurkan cuka.
4. Toskan, keringkan dan biarkan sejuk.



5. Campurkan ragi tempe, gaul rata kemudian masukkan dalam plastik ikut selera masing-masing.
Pastikan cucuk plastik dengan garfu sedikit alaaa macam nak buat nasi impit tu.



6. Dah siap, simpan dekat tempat yg bersuhu rendah selama 2 hari atau sehingga cendawan tumbuh elok.
7. Selepas dua hari boleh la masak, nak goreng kunyit ke nak buat pecal ke ehhh suka hati la.



UPDATE: Nak beli ragi tempe boleh check dekat Shopee. Ada ramai seller yang jual, Sally beli satu paket tu RM8. Guna pun tak banyak, ada yang repackaging juga kalau korang nak beli dalam kuantiti yang sedikit.

Post a Comment

3 Comments

  1. waww thanks share, selama ni beli yg dh siap je! rajin kak sally buat sendiri

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!