Sunday, June 20, 2021

SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant; Rambut Jadi Lembut Licin Secara Semulajadi.



Sebut sahaja tentang SAFI, pasti hampir kesemua wanita yang berhijab akan bersetuju yang SAFI adalah jenama Halal terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang unik dan menyeluruh yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki Muslim moden.

Safi Shayla pula merupakan sub-jenama penjagaan rambut di bawah SAFI iaitu rangkaian syampu pertama yang direka khas dan dirumuskan untuk wanita yang berhijab, dilancarkan pada Oktober 2013. Rangkaiannya dirumuskan dengan Habbatus Sauda. Dibuat dengan bahan semula jadi terbaik dan disahkan HALAL oleh JAKIM.



Terbaru, SAFI SHAYLA melancarkan Supa Smooth & Fragrant yang diformulasikan dengan Hydra Seal Technology yang memberikan kelembutan sutera unggul untuk rambut ringan, lebih lembut, licin, tidak berminyak & mudah dikendalikan dengan wangian tahan lama. Dah tiada kerisauan untuk menggayakan hijab atau gaya rambut kegemaran sepanjang hari!

SAFI Shayla Supa Smooth & Fragrant Shampoo


Diformulasikan dengan Teknologi Hydra Seal Baru yang dilengkapi dengan gabungan 11 Essential Oils (pati minyak) yang kaya dengan nutrien agar rambut kekal lembut dan licin dengan wangian tahan lama sehingga 72* jam. Selain daripada 11 Essential Oil untuk rambut, syampu ini juga diperkayakan dengan Minyak Habbatus Sauda Organik yang kaya dengan nutrien untuk menyuburkan rambut.

Antara pati minyak yang terkandung di dalam SAFI SHAYLA Supa:
➤ Pati Minyak Bunga Matahari
➤ Pati Minyak Argan
➤ Pati Minyak Buah Zaitun
➤ Pati Minyak Buah Avocado
➤ Pati Minyak Kacang Soya
➤ Pati Minyak Chamomile
➤ Pati Minyak Lavender
➤ Pati Minyak Jojoba
➤ Pati Minyak Daun Rosemary
➤ Pati Badam
➤ Pati Kacang Macadamia

SAFI Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream

Diformulasikan dengan Teknologi Hydra Seal yang dengan serta-merta mengubah rambut kusut menjadi rambut lembut, licin & semula jadi yang halus dan harum dengan haruman yang tahan lama. Yang paling best sebab Leave On Cream boleh digunakannya sebagai kaedah cepat untuk menggayakan & menyiapkan rambut tanpa bilas.



Teruja dapat Safi Shayla Supa Hair Kit yang berkolaborasi dengan Tudung Ruffle. Sally dapat sehelai tudung bawal satin yang berona merah jambu yang dikatakan hanya ada 100 helai sahaja di Malaysia tau. Cantik! Terima kasih Safi Malaysia & Tudung Ruffle!



BERITA BAIK KEPADA PEMINAT SAFI SHAYLA!!

Peraduan WhatsApp & Menang Vespa SAFI SHAYLA Supa
SAFI SHAYLA akan memberikan sebuah Supa Pink Vespa bernilai RM17,000 sebagai Hadiah Utama dan hadiah wang tunai mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna bertuah yang menyertai Peraduan WhatsApp & Menang Vespa di seluruh negara dari 1 Julai - 31 Julai 2021, dengan pembelian minimum RM15 untuk sebarang produk SAFI SHAYLA Supa. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sosial media Instagram SAFI Malaysia.

SAFI SHAYLA Supa
SUPA Lembut, SUPA Wangi, SUPA Ringan

4 comments:

  1. Wah safi keluarkan produk baru . Nak cuba la .

    ReplyDelete
  2. Mesti wangi kan yang supa ni. Nanti boleh cari

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba lah, sekarang rambut kejung kerasnya huhuhu, frust cari hair product yang elok :')
    Btw salam kenal dari saya :)

    ReplyDelete
  4. busyra mmg pemakai safi shayla. sejak dulu lg.. best!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!